new bloglist
new home new bloglist new bloglist

16 Disember, 2010

Home » , » family outing: hantu kak limah dan 'mana tomyam aku tak siap-siap lagi ni?'

family outing: hantu kak limah dan 'mana tomyam aku tak siap-siap lagi ni?'

Salam..
aku dan adik beradik aku baru je tengok wayang cerita hantu kak limah balik rumah..pocah porut den ni ha..dari awal sampai ke akhir gelak sakan macam orang tak ingat..aku rasa memang berbaloi la tengok cerita ni kat wayang..hehe..tak keluar duit pun, abang aku yang belanja..rasa macam family outing pulak keluar tengok wayang dengan adik beradik..lengkap pulak tu..(yelah, adik beradik aku pun bukannya ramai...hehe)..ingat nak bawa semua sekali tapi mak aku pulak yang taknak..

habis je tengok wayang aku dengan adik aku dah berlari-lari anak ke 'abang toi'..haha..tak tahan sejuk kot dalam tu pastu melantak air dari awal cerita sampai ke habis..kidney den memang dah tak boleh tampung dah..terpaksa la berkejaran dengan adik aku..aduhh!ramai la pulak!time ni la kau nak ramai orang..kalau semua boleh guna takpe jugak..terpaksa la kakak dan abang aku tunggu lama sikit kat bawah..haha..

dah tengok wayang, kitorang pegi makan pulak..kat restoran tepi jalan je pun tapi yang pasti ada lampu-lampu yang menyinar di tepinya..kakak aku memang suka lampu-lampu ni nak nak kalau lampu warna warni macam pelangi..huh!kalau dipadankan dengan shawl dia, orang kata dah tak kenal la mana satu dia mana satu lampu..haha..

kami order la apa-apa yang patut bagi mengisi kekosongan perut kami ni..aku dan adik aku order air yang sama, nescafe ais..dan kitorang ada mintak bungkuskan tomyam campur then abang aku ada la order tomyam seafood untuk dia makan kat situ..ekceli takde la lambat pun dia sediakan air dan makanan tu..tapi masa air sampai, (selalunya memang air sampai dulu kan) kami dihidangkan teh o suam, air suam, 2 horlick ais dan air tembikai..heh?bila masa pulak kami order horlick ais dan tembikai ni?takpe la, silap kot..so,kami pun bagitahu la kat orang yang kerja kat situ air tu kitorang tak order.dan mereka terpaksa amek order balik untuk air saje..

ok, tunggu lagi..air aku tak sampai lagi tapi makanan aku dah sampai..hurm..sebat je la..lapo dah ni..hehe..tak lama la kami tunggu datang la air dan makanan yang kami order..tapi abang aku dapat tomyam je..nasinya tak dapat..tunggu kejap..agak lama, baru kitorang mintak kat diorang yang kerja situ..oh, terlupa la kot..relax je..makan, borak, tengok tv..sambung makan balik sampai habis..kepala abang aku dah panjang perhatikan, mana tomyam campur yang kami order tadi?kat kaunter takde..adik aku pun dengan selambanya pegi tanya kat kaunter pasal tomyam bungkus yang kami order..


"kitorang tak buat lagi la kak, sebab takde kat dalam order,"


adik aku bagitahu la, kitorang ada order tadi mungkin terlupa nak tulis kot..


"akak boleh tunggu kejap tak kitorang buat dulu,"


nasib baik orang yang kerja situ sopan-sopan gitu..hehe..takpe la tunggu la sampai siap..tak lama pun..tomyam dah siap pun kitorang boleh sempat borak-borak lagi..hehe..


asyik mendengar ke asyik termenung?hehe

tak habis-habis menyedut air, kat wayang coke pun tak cukup-cukup lagi..huhu

fine..gambar dia je yang bersedia..



p/s kitorang memang selalunya buat family outing malam-malam buta..hehe..



8 virus attack:

Rie berkata...

mkn kt ne tu? kow x tomyam dia? kalo best nk pi gak he2..

jijie berkata...

siot..aku gak kene kutuk... pasal lampu tu takleh blah...

! 18++ Only berkata...

Jom pakat gelak kat hantukaklimah.blogspot.com komen dan menang DVD hantu kak limah balik rumah sekarang!

pN.rOs berkata...

bestnya kuar ramai-ramai tengok muvi.....
bila la i plak bley g panggung nih

cik zaza berkata...

@rie boleh tahan..mnyengat kot..haha..tp aku lupa tmpt dia..ko tnye kakak aku..=)

@jijie haha..lmpu tu kwn kaklong gak yg bg idea..

cik zaza berkata...

@pN.rOs mmg best..nk2 kalo org blnje best plusplus..hehe

@! 18++ Only okie! xD

archaqx berkata...

Good family bond....

cik zaza berkata...

@archaqx tq.. =)