entri bosan, korang tak payah baca

Salam..
hari ni terasa macam hati aku cepat bergolak. entah kenapa aku jadi macam ni. mungkin selepas melihat sesuatu di facebook. betullah orang kata facebook menghancurkan rumah tangga. tapi bukan itu yang aku ingin katakan di sini. biaq pi lah facebook nak buat apa kat perasaan aku, asalkan aku tahu apa yang sepatutnya aku tahu. oh yeah!


pukul 2, terkejut aku dengar bunyi kereta yang berhenti depan rumah. eh? sape pulak yang datang. aku dah start slowkan bunyi TV yang dah macam nak pecah rumah aku buka. tengoknya tak pulak. aku terus menuju ke pintu. laah, kakak aku rupanya,


"ni pehal balik awal? curik tulang ke?"
"hari ni bukan keje pun, ada program kat sekolah,"


biasalah tu, fs berjaya kononnya. selagi tak habis satu melaka nak buat program selagi tu taknak berhenti kerja. tapi malangnya tak dapat juga menghabiskan satu melaka.


"takpe, nanti hari-hari kau tengok kaklong ada kat rumah,"


erk! disaster bagi aku. hoii! pegi je lah kerja. tak aman aku rasa kalau ada orang selain aku yang tak kerja kat rumah ni. HAHA. 


esok aku start drive keta. hoyeah! memang ni yang aku tunggu selama ni. lambat siott nak tunggu bawak keta. apa heck aku start daftar bulan 11, tapi nak dekat bulan 1 baru boleh bawak keta. ni sama ada cikgu yang banyak sangat pelanggan sampai takde masa dengan aku ataupun sikap aku sendiri. uppss! bukan sikap aku ye, aku nak je pergi hari-hari tapi masa tu lah mak aku tak sihat. terpaksalah aku tangguhkan. tak sabar rasanya aku nak memaki pengguna jalan raya yang tak reti ikut peraturan. atau dimaki oleh mereka? HAHA. kadang-kadang macam satu nikmat pulak tengok kakak aku boleh buka tingkap kereta sambil menjerit, "abah kau !" dekat pemandu yang tak berhemah di jalanan. HAHA. kakak aku samseng jalanan dowh..


apa heck buat entri bosan petang-petang ni? label pun kebosanan tahap gaban der menampakkan yang aku memang sedang bosan dok rumah takde benda nak buat. chatting chatting? aku bukan jenis macam tu pulak. bukan setakat chatting lah, mesej pun aku buat dek je kalau kawan-kawan aku dok mesej. reply tapi tengoklah lepas berapa jam. kalau nampak penting je aku reply A.S.A.P. kalau setakat mesej,


'buat apa tu?'
'dah makan ke belum?'
'dah bangun ke?'


tak minat aku. ym, skype pun aku jarang on sekarang ni. kadang-kadang on juga tapi aku invi kan. tapi tengok juga kalau ada orang yang menarik untuk ditegur memang aku tegur juga. hehe. ok, sebelum aku semakin jauh melalut dan buat korang bosan berganda-ganda lebih baik aku hentikan dulu entri aku ni. aku yakin korang pun ada blog lain yang korang nak pergi dan membaca di sana.
ok, ja ne.





Ulasan

Lucy S. berkata…
aku ni ntah bila boleh amek lesen. umur dah tua bangka dah ni! hahahaha

Jemput datang jenguk blog yee ; "This is my story".
Zazachan berkata…
@Alynn Notnot aku pun bukan muda lg..HAHA

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

Gemuk Atau Kurus, Mana Yang Jadi Pilihan?