new bloglist
new home new bloglist new bloglist

01 Disember, 2010

Home » » cyberpet ke orang panggil?

cyberpet ke orang panggil?


Salam readers..

korang penah ada tak benda kat gambar ni?aku panggil benda alah ni 'cyberpet'..taktahu la korang panggil apa..dulu masa aku kecik umur lebih kurang 9 tahun feymes kot benda ni..tapi masa tu aku dapat miliki benda alah ni lepas bernasib baik beli mainan tikam-tikam singget..dulu kecik-kecik taktahu pun main tikam-tikam tu dosa..huhu..kawan-kawan aku ada yang dapat gelang lagi dengan harga doposen..nasib dia la..kalau nasib tak baik dapat mainan kecik yang lepas beberapa minit akan rosak..huhu..

haa..pasal cyber pet ni..aku ingat lagi masa tu aku dengan adik aku pegi kedai mak suruh beli barang..aku pun pelik kenapa kitorang yang kena pegi masa tu..kalau sekarang ni budak 9 tahun senang-senang je kena culik..jangan la lepa sikit..masa pegi kedai tu adik aku dapat duit lebih dia pun main la tikam-tikam singget.aku rasa tu memang 1st trial dia la nak dapatkan 'cyberpet'.dalam hati aku kata,

"tak dapat nye budak kecik ni.."


tiba-tiba telur yang keluar dari mesin tu memang betul-betul mengeluarkan 'cyberpet'!pergghhh!!bengang aku..(sebab aku memang tak boleh tengok adik dan kakak aku lebih sikit..hehe) aku pun try le niat di hati nak dapatkan 'cyberpet' pujaan hati..tapi yang keluar....arrgghhh!!!cuba lagi..cuba lagi..sampai habis duit singget aku..(maknanya dah takde duit..) aku sanggup balik kejap sebab nak mintak ayah aku duit.huh!teruk perangai aku masa tu.kalau tak bagi aku nangis..manja gile..memang tak dapat pun lepas tu even dua kali patah balik rumah.at last aku surrender!tapi bukan betul-betul surrender pun..abang aku balik je rumah (aku pun tak sure dia pegi mana masa tu) ayah aku suruh abang aku pegi tikamkan untuk aku.

dengan kehebatan yang abang aku ada (bodek je ni) dia berjaya bawakan aku 'cyberpet' tu..memang hepi gila aku masa tu sebab aku punye lebih comel dari adik aku..hoho...binatang ternakan dalam tu pun lebih comel!tapi masa tu je la..lepas seminggu..erm..ntah mana la aku campakkan 'cyberpet' yang aku nak sangat tu..budak-budak..biasa la..dah dapat mainan baru yang lama dah tak heran..

bila diingat balik perangai aku masa tu.baru aku perasan..oh, aku ni demand jugak masa kecik ek..padahal aku bukan anak bongsu pun..rasa macam aku pulak anak bongsu dan adik aku tu pulak kakak aku..sampai sekarang kot..mesti ada yang cakap adik aku tu macam kakak aku..mungkin dia lebih matang kot dari aku..ehe..


p/s aku taknak la anak-anak aku nanti jadi macam perangai aku..susah nak handle..huhu