cik kak, cik kak...nak pinjam spentot boleh?
Salam..
boleh dikatakan setiap malam selepas pukul 12 tengah malam mesti ada nombor yang tak dikenali call aku. ok, nombor yang sama. dah lah nombor tersebut dah dekat dengan nombor seorang member aku. tak pasal-pasal aku tertuduh dia pulak. tapi bila diteliti semua nombor sama cuma kedudukan nombor di hujungnya berbeza. sebelum perasan perbezaan tersebut aku ingatkan kawan aku hilang handphone ke ataupun simcard hilang. nasib baik tak sempat tanya dia aku dah perasan perbezaan tu.
rimas tau tak! kalau ada orang kacau aku tido hampir setiap malam. bertubi-tubi call pulak tu. selagi aku tak angkat selagi tu dia call. apa heck! tapi aku angkat pada hari pertama dia call je. hari-hari seterusnya aku serahkan kepada adik aku untuk menjawab panggilan tersebut. sebab adik aku ni garang sikit. err.. lebih garang dari aku. no mercy punya! panggilan si dia yang aku boleh katakan seorang PERVERT ini bermula sejak aku start cuti hari tu. aku rasa nak bunuh je sape-sape yang bagi nombor telefon aku ni kat orang ntahapehape. korang pun akan cakap dia ni pervert kalau setiap malam dok call nak pinjam pakaian dalam korang. apa heck!
dah gersang sangat agaknya. tapi kalau aku dah tak layan tu tak payah lah dok call lagi. dah puas adik aku ugut dia cakap nak report pasal ni kat polis sebab-sebab mengganggu ketenteraman orang lain. tapi takde jugak. betul tak makan saman punya orang. adik aku sempat lagi tanya dia mana kenal aku.
nama: memang aku tak kenal. ntahsapesape ntah
tinggal: gile ahh sama dengan tempat aku belajar. (dah mula saspek something ni)
mana kenal aku: penah curik pakaian dalam aku dan penah pulangkan balik. apa heck! gila menipu. pakaian dalam aku tak penah hilang dan aku tak penah jumpa sape-sape yang pulangkan atau menghadiahkan aku pakaian dalam setelah dicuri. gile apa?
mana dapat nombor aku: dari seseorang bernama hana. hoi! hana mana ni? setahu aku, aku takde kawan bernama hana. setakat kawan biasa-biasa ramailah tapi kalau kawan yang sampai ada nombor phone aku takde man!
aku penah terfikir nak tukar nombor telefon ni. tapi bila aku fikir balik susahlah. sebab banyak benda-benda yang penting aku guna nombor telefon aku ni. taknak aku guna dua nombor. handphone ada satu je. dah lama pulak tu nak beli baru pun kena fikir banyak kali. yang pasti aku dah tak tahan lah dengan mamat pervert ni. kalau aku dapat tahu sape yang bagi nombor aku kat orang-orang macam ni takde belas kasihan lagilah. ikutkan hati aku nak je belasah sampai lunyai orang tu. takpun paling senang report polis bagi dua-dua insan ini. yang mengganggu a.k.a pervert tu dah pasti dan juga yang memberi nombor.
ok, dah puas aku melepaskan kemarahan. dah tak tahan sabar punya pasal. mintak tolong kawan pun macam takde apa-apa pulak. cakap je lebih. huh! tension aku.
Ulasan