new bloglist
new home new bloglist new bloglist

03 Disember, 2010

Home » » aku nak jumpa dengan semua orang!

aku nak jumpa dengan semua orang!

Salam readers...

day 9: someone you wish you could meet


sapekah insan bertuah tu?hehe..orang yang paling aku nak jumpa sangat ek..dulu masa aku kecik-kecik kalau ditanya sape orang yang aku nak jumpa sangat aku mesti jawab dengan bangganya.......




"doraemon!!"

walaupun aku tahu doraemon bukan sejenis orang..haha..jawapan budak kecik macam tu la..macam la kartun tu wujud kat dunia ni..haish..konon la nak gantikan nobita jaga cik doraemon ni..pastu nak mintak macam-macam kat dia..huhu..

ok, biarkan zaman kecik..hehe..aku naik sekolah rendah bila ada orang tanya aku soalan yang sama, dengan nada yang berangan (yup,aku memang kuat berangan sampai sekarang..huhu..) aku jawab..



"daniel radcliffe a.k.a harry potter!"

kalau kakak aku tak bagitau nama dia memang aku akan sebut harry potter je..hehe..senang betul aku terpengaruh dengan cerita kanak-kanak ni kan?aku suka gila tengok cerita harry potter yang pertama sampai aku belajar melukis poster harry potter masa tu..jadi kot..tapi tak tahu la mana dah aku buang benda alah tu..haha..aku penah mintak mak aku belikan aku beli buku dia..harry potter and the sorcerer's stone tapi malay version..sebab aku memang tak pandai english ni..hehe..buku cerita english aku semua nipis-nipis takde la setebal buku harry potter tu..huhu..nipis pun aku tak boleh habiskan..sampai sekarang aku suka beli buku atau novel tebal-tebal..tapi tak tahu bilanya aku nak habiskan baca...haha..

naik sekolah menengah aku dah tak minat sangat daniel radcliffe ni..aku ada pengaruh baru..hehe..aku nak jumpa....


"ryo dan jun!!"


ok, bukan serentak la aku minat gila kat diorang masa sekolah menengah dulu..mula-mula aku minat kat nishikido ryo dulu lepas tengok cerita one litre of tears kat tv..korang mesti penah tengok kan..pastu baru la minat kat matsumoto jun lepas tengok hana yori dango..tapi masa tu aku tak suka jun dan kutuk gila-gila jun sebab tak suka watak dia dalam cerita tu tapi awal-awal je la..lama-lama aku tergila-gila pulak kat dia..haha..dua-dua artis jepun ni aku start kenal masa form 4..nak nak ada yang pengaruh aku..agak lama la kegilaan aku kat depa ni.sampai matrik tak silap aku..kat matrik pulak ada supplier lagu-lagu news dan arashi..haaa...lagi la menjadi-jadi..


tapi sekarang...bila orang tanya aku sape orang yang paling aku nak jumpa?aku akan jawab....


"seorang kawan yang dah lama menghilangkan diri,"


huhu..sepatutnya keinginan aku untuk jumpa kawan aku ni sejak dari sekolah rendah lagi sebab kitorang start terpisah masa kitorang darjah 3..tapi budak-budak tak terasa lagi kepentingan seorang kawan..benda lain yang jadi keinginan untuk bertemu..sekarang dah besar (kononnya dah matang) baru tahu nilai seorang kawan..aku rapat dengan kawan yang aku maksudkan ni..pegi sekolah sama-sama..tak kisahlah sekolah pagi ke sekolah petang mesti bersama..actually kitorang bertiga..aku, aidah, dan dia..oh, lupa..nama dia unik sikit..tahniah..aku ingat lagi nama penuh dia dan ejaan nama dia dengan betul..memori budak-budak dengan dia tak penah aku lupakan..aduhhhh...aku dah sedih...tapi sayang kitorang takde gambar bersama masa sekolah dulu..dia pindah macam tu je kot..tiba-tiba dia tak pegi sekolah..bila datang rumah dia, mak dia cakap dia tak sihat..dalam 3 hari macam tu la..at last dapat berita yang mengatakan dia dah pindah johor..
sedih bila pikirkan balik..huhu..ok dah dah jap lagi aku nangis pulak..haha..




p/s jangan tanya aku sape artis yang aku nak jumpa sangat untuk sekarang...hehe...