aku merasai kesedihan beliau

day 25 : the person you know that is going through the worst of times

ihsan tumblr (source : cleonymous)



hurm..setakat ni aku takde pulak kenal orang yang sedang mengalami waktu-waktu sulit ketika ni.tapi mungkin dulu aku penah kenal.

kalau korang mesti korang rasa sedih bila dapat tahu kawan korang sedang terseksa dengan apa-apa penyakit kronik yang memerlukan perhatian lebih daripada pakar.walaupun orang tu tak berapa nak rapat dengan korang pun tapi korang still kenal dia mesti akan ada rasa simpati..

orang yang aku nak cerita ni adalah seorang teman yang pernah satu kelas dengan aku. satu kelas kat mana tu mungkin tak perlu aku nyatakan di sini dia dikatakan mengalami sakit jantung.mula-mula tu kami satu kelas pun tak tahu yang dia ada sakit kronik tu.yela, kalau korang tengok pun mesti korang pikir dia sihat.siap boleh aktif sukan lagi wakil tu, wakil ni.sape pun taknak kata dia sakit. dari pandangan mata kami dia sihat walafiat.

tapi satu hari tu barulah kami dapat tahu pasal penyakit dia tu. tu pun kami dapat tahu sebab ada oral bi. kat kelas. masa tu la dia bagitahu kisah hidupnya yang memilukan itu. tapi menurut dia, penyakitnya itu menyerang dia ketika kecil sahaja.hurm..aku taktahu sangat treatment pasal penyakit-penyakit kronik sebab aku ni bukan doktor dan tak pernah bercita-cita pun nak jadi doktor so aku dengar je la apa yang dia bagitahu dan ofcoz la percaya .huhu..aku innocent, kau tipu la camne pun kompem aku percaya..huhu..

aku simpati dengar kisah dia. rasa macam nak nangis pun ye jugak.apa taknye suasana masa dia bercerita tu jadi suram seketika. macam semua tengah menghayati dan mendalami kesedihan dia..huhu..sekarang aku tengok dia dah sihat dan bergembira dari mata kasar aku.taktahu la dalaman dia kan.mungkin penyakit tersebut semakin pulih. 
wallahu a'lam..




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

Gemuk Atau Kurus, Mana Yang Jadi Pilihan?