akhirnya cik e-siti berjaya dibuka..(2.00am)

jam sekarang menunjukkan pukul 2.58 am.pehal pulak bangun pepagi buta minah ni..aku tau tu yang sedang bermain di fikiran korang.hey, sukati aku le nak bangun pukul berapa.sebenarnya, aku dan adik aku bangun pagi-pagi buta semata-mata untuk buka ecitie iaitu laman web rasmi bagi student unikl.nak buat camne, nak taknak kena jugak buka walaupun dari pukul 6 petang tadi kami berusaha buka tak dapat dapat. at last, pukul 2 pagi la baru dapat buka.

aku dah tidur awal dah sebenarnya, pukul 11 lebih tadi. ni pun adik aku yang kejutkan aku dengan berkata,

"ja!ja!bangun!ecitie dah boleh buka!"


dengan mamainya aku bangun dan tengok apa yang dah jadi dengan adik aku.result adik aku ler.nothing to say about hers.aku pun check aku punya.disebabkan aku malas nak buka lappy yang telah lama di-shut down aku guna adik aku punya je la. dengan ganas+muka ala-ala mamai di situ aku tarik lappy adik aku.memang saje tarik camtu sebab adik aku tengah ber-skype dengan ntahsapeakupuntaktahu.pergh!panjang nama gelaran yang aku bagi.haha.. lepas tengok result, perkataan yang mampu aku sebut,

"Alhamdulillah,"


sem 3 agak tough bagi aku.apa tak nye, kepala dah naik serabut aku rasa.semua masalah nak datang serentak dan bertubi-tubi.memang tensi aku di situ. nasib baik tak botak kepala aku akibat keguguran rambut. taktahu la sem akan datang macam mana pulak. harap tak seteruk ke-tensi-an yang berlaku macam sem 3.insyaAllah, selagi kawan-kawan yang setia masih bersamaku. aduh!ku sudah pandai bermadah pujangga..huhu..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

Gemuk Atau Kurus, Mana Yang Jadi Pilihan?