sem 3 dalam kenangan..

Assalamualaikum w.b.t..
tiba-tiba je aku terasa nak buat entri special pasal semester 3 aku berada kat unikl micet..kenapa aku excited sangat nak buat entri ni?sebab bagi aku sem 3 adalah sem yang agak agak memenatkan!busy!dan banyak lagi perkara yang berlaku semasa sem ni..tak kisah la yang menyakitkan jiwa ke ataupun menyakitkan fizikal aku..huhu..

busy nye gadis kat belakang tu..huhu..



1. subjek tambahan
seperti yang aku penah bagitau sebelum sem3 adalah sem yang busy..sebab utama kitorang amek subjek-subjek yang agak killer bagi aku..dah la amek subjek killer pastu ada masalah pulak pada awal sem tu..kami dikehendaki amek lagi satu subjek tambahan..actually subjek tu sepatutnye kami amek masa sem 1 dulu tapi ada kesilapan teknikal yang berlaku menyebabkan kami tak amek..bila dah sem 3 baru perasan subjek tu belum amek..perasan pun sebab ada 1 subjek tu memerlukan subjek tersebut sebagai pre-requirement..kelam kabut la kami masa tu..yela, kalau kami tambah lagi 1 subjek jam kredit kami jadi 20 jam kredit!pergh!!banyak kot..subjek kalau senang macam makan kacang takpe jugak..ni subjek gile memeningkan kepala..boleh gugur rambut aku!..so, aku dan beberapa orang member aku decide nak drop 1 subjek yang sedia ada..subjek 2 jam kredit je..lepas tambah 1subjek keadaan kami makin tak terurus!huhu..sedih..sedih..masing-masing macam ibu ayam yang hilang anaknye..(macam pelik je perumpamaan aku..)yang penting kucar kacir la keadaan kitorang!huhu..jangan harapkan kami tido awal..(tapi kalau tido awal jugak tu maknanya tertido ok..hehe)

ni la keadaan kami..bersepah meja library..huhu


2. lab yang banyak dan panjang
aku tak kisah la bab lab yang banyak ni sebab kadang-kadang best jugak buat experiment..dan tak semua lab kami amek masa yang lama..ada la 2 subjek je..ala, nama pun budak bio..pastu bergelumang dengan bakteria so normal la lab lama-lama ni..tapi kalau lab lama-lama dan member group bagi kerjasama takpe jugak..kalau lab amek masa sampai seminggu untuk habiskan tapi muka-muka yang pegi lab asyik muka tu jugak agak bengang di situ..report?takpe la.."biar kami je yang buat," tu je la yang kami dapat cakap..bukan nak conquer semua benda kitorang nak buat..no..no..takde niat pun..kalau boleh nak je buat sama-sama report..buat discussion sama-sama bagi menyiapkan experiment yang panjang tu..tapi kalau tak boleh beri kerjasama takpe la..kami sanggup buat..tapi ada je bahagian-bahagian khas yang kami bagi untuk disiapkan..alhamdulillah..sekurang-kurangnya carry mark kami tak terjejas..

thanks korang sebab korang la carry mark aku boleh tahan..huhu..(mr.raksasa, i tak curang k)


3. terjalin persahabatan
sem 3 kebanyakan member aku duduk rumah sewa..ada la 2 orang je yang duk hostel..disebabkan tu SUMBAK'F tak dapat nak bersama selalu..huhu..sedih..sedih..mula-mula tu tak terase sangat..tapi bila dah lama-lama baru aku terase kehilangan...aku rindu SUMBAK'F!!..tapi aku bersyukur sebab diorang bukan jenis yang cepat lupa kawan macam aku..huhu..terharu aku..diorang sentiasa ada masa aku sedih..suka..aku tak tahu la mana nak cekau kawan-kawan macam diorang kalau diorang takde..(perkataan yang tak sesuai untuk digunakan dalam situasi ini..hehe)..namun, aku jugak dapat kawan-kawan baru..yeay!orang yang aku tak penah rapat dari sem 1 or sem 2 even satu kelas dah makin rapat dengan aku..alhamdulillah..

polymer night..ni semua bukan budak polymer saje-saje nak pegi polymer night..huhu..


4. masalah jiwa
erm..biasa la kalau aku ni dah jenis yang memendam rasa macam-macam masalah jiwa yang akan datang..walaupun benda remeh pun kalau aku tak berapa nak berkenan dah jadi masalah besar..ish..ish..tak patut betul aku ni..rilek rilek sudah kan..buat apa nak besar-besarkan cerita..kadang-kadang disebabkan aku punya masalah yang suka pendam boleh buat sebuah persahabatan yang lama terjalin putus camtu je..aku tanak jadi camtu!aku taktahu dah macam mane nak ubah supaya aku boleh luahkan je apa yang aku rasa..tapi kalau luahkan aje tak rase ke orang akan cakap aku mulut longkang?huhu..memadai la kot nak luahkan pun..jangan lebih-lebih sudah..jap gi nangis pulak anak orang..huhu..

bila kepala serabut dengan masalah jiwa...BOWLING TIME!!!


aku rasa 4 perkara je kot aku dapat senaraikan buat masa ni..untuk sem 3 ada 4 je?ish..ish..macam tak cukup je..huhu..memadai la..yang lain-lain tu aku je yang besar-besarkan cerita..lala..aku harap sem akan datang aku akan jadi lebih baik dari sem ni..yosh!(azam yang biasa didengar setiap kali mula sem baru.hehe)..
apa-apa pun thanks for reading..wasalam..

thanks for reading!love u all..







Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

Gemuk Atau Kurus, Mana Yang Jadi Pilihan?