new bloglist
new home new bloglist new bloglist

30 November, 2010

Home » , , » jom tido dalam phone..

jom tido dalam phone..

(ihsan dari tumblr)

Salam readers..
penah tak korang tengok keadaan macam kat atas ni?
orang bercinta bergayut sampai tertido..ish..ish..aku tak penah buat camtu k..huhu
aku teringat masa kat matrik dulu..benda ni kawan aku yang cerita kat aku sebab dia yang alami..

masa tu pagi dalam pukul 3 pagi la lebih kurang.kawan aku ni terbangun sebab terasa nak dah tak tahan nak membuang.biasa la tu, korang pun macam tak biasa bangun tengah tengah malam pegi tandas.dah selesai keje-keje beliau di tandas masuklah kawan aku tu kat bilik dia balik..
niat di hati nak study alang-alang dah terbangun kan.bukan senang nak tersedar pagi-pagi macam tu.fresh kot kalau nak study.
tengah syok study (syok memandang dinding dan hafal nota!hehe..)tiba-tiba...

"krrrrooohhhhh....krrrooohhhh..."


beliau terdengar suara lelaki berdengkur.rasa takut mula menyelubungi beliau sampai ke tulang.dia yakin rumet-rumet dia semua tak berdengkur.kalau penat pun takkan la baru malam tu nak berdengkur kan.
cepat-cepat dia balik ke katil.dia fikir...

'kalau ada benda pelik jadi jap gi aku selubung je dengan selimut!'


tapi semakin dia menghampiri katil semakin kuat bunyi tersebut kedengaran.dan makin perasaan takut tu menghantuinya.(ceh!ayat aku) tiba-tiba mata beliau menghala ke katil sebelah.(bukan katil kosong..ada orang kat situ.hehe)
beliau nampak rumet beliau tido dengan handphone di telinga.beliau pun datang dekat untuk memastikan betul ke rumet dia tu tido atau tengah bergayut lagi.dengan takut-takut beliau jenguk cik rumet tu.

"aduh!minah ni..kalau ye pun nak tido dengan pakwe dalam phone tak payah la loudspeaker.."


haha..rupa-rupanya yang berdengkur tadi adalah suara pakwe rumet dia kat handphone.menakutkan orang betul.kesian kawan aku tu.terus tak jadi nak study dia malam tu sebab penat dengan perasaan takut..haha..ye la tu..dah takde mood agaknya lepas dengar 'bunyi pelik' tu..
so, kepada yang suka tido sambil bergayut dengan pakwe/awek korang tu jangan buat loudspeaker eh..nanti kawan korang cakap ada hantu kat dalam bilik tu..haha..
kantoi dah berdengkur kuat pakwe budak tu..