new bloglist
new home new bloglist new bloglist

23 Oktober, 2010

Home » » sabar, jangan marah-marah...

sabar, jangan marah-marah...

"azza, kau ni garang la.takut aku nak pandang,"

kata-kata biasa didengar dari mulut seorang teman yang agak rapat denganku..memang tak dapat dinafikan muka aku nampak serius dan kadang-kadang ada je yang tegur..mereka pikir aku tengah marah kat seseorang..tengah bengang dengan seseorang..meluat dengan seseorang..
tapi pada hakikatnya tidak..aku memang serius orangnya..terutamanya bila takde keje..duk diam je..huhu..

"azza, jap gi mimi datang kau marah dia sampai nangis tau..kau kan garang,"

permintaan kawan aku untuk menjayakan misi prank mimi atau lebih dikenali dengan nama micos..
aduhai..tau la aku ni garang..huhu..tapi agak pelik kalau marah orang tak tentu pasal..aku takut tergelak pulak..tapi sempat je aku ambik mood marah tu..

"mimi, datang la cepat azza tibe-tibe mengamuk ni,"

waahh!!hiperbola betul sampai mengamuk..huhu..dalam masa yang agak lama menunggu cik mimi aku ambik mood supaya lakonan aku nanti berjaya..ketibaan mimi agak mengejut..

anjat owang!

tapi takde la aku cakap camtu tak pasal-pasal tergelak tak jadi aku nak marah..hehe..

"za, kenapa ni?"

"kau tipu aku eh, kata taknak kontek lagi dah dia!"

ok, dialog yang di-edit semestinya..dan dialog ini tidak akan disambung bagi menjaga hati sesetengah pihak..

"dah la tu azza jangan emo-emo,"

tibe-tibe datang edaa dan aimi..edaa yang datang mengikut masa yang telah dirancang terus tarik aku sambil berkata

"dah dah, jom ikut aku,"

aku ikut je la..sebab memang dah rancang..hehe..sebaik saje aku bangun dari bench depan cafe, faiza terus menyimbah tepung yang berisi telur dan air ke atas kepala mimi..

SURPRISE!!!!

mimi yang tadi terkejut aku marah-marah dia terus bangun sambil mengelap handphone dengan bajunya..

"handset aku baru lepas baiki,"

terus menuju ke paip yang berdekatan bagi membasuh mukanya yang terkena tepung..tudung tu jangan cakap la..dah tak boleh diselamatkan lagi dah..hehe..mimi menangis agak teruk malam tu..bila tengok dia menangis rase bersalah pulak..sebab selama aku berkawan dengan dia aku tak pernah marah dia teruk macam tu sekali..terpakse la aku pujuk dia balik..huhu..

"aku taknak marah kau mimi faiza yang suruh."

adeh!rupa-rupanye tangisan beliau hanya seketika!dia makin mengganas dan terus mengambil baldi yang ada sisa-sisa tepung tadi..

LARIKKKK!!!!!
nyorok kat keta edaa cepatt!!!

kehkeh..nak tergelak aku ingat balik keadaan kitorang berkejar-kejaran selamatkan diri sebelum baju kitorang kotor..tapi baju aku dah kotor dah pun gara-gara nak pujuk mimi kononnye..takpe la untuk kawanku yang sorang ni biarlah baju kotor camne pun..aku sanggup!
fanatik kawan..hehe..
tapi agak ramai jugak yang belum kena marah dengan aku..bukan suka sangat marah-marah ni..kalau buat aku bengang kena la..tapi tak elok kan marah-marah..situasi yang ni marah yang dibuat-buat..tak cerita lagi masa aku marah betul-betul..tapi bila aku pikir balik buat apa nak marah?bukankah setiap masalah boleh diselesaikan dengan tenang..masalah perasaan yang tak menentu barangkali..susah nak kawal perasaan..bagi menjaga hati sesetengah pihak aku kenalah tahan marah..


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya “Tidak ada keberanian yang paling disukai oleh Allah S.W.T selain dari keberanian hamba menahan kemarahan. Tidaklah seorang hamba itu menahan kemarahannya melainkan Allah S.W.T. akan mengisi dadanya dengan keimanan.”



tapi kadang-kadang tu kalau nampak muka seseorang tu serius bukanlah bermaksud beliau nak marah..mungkin kejadian dia macam tu..cuba anda buat lawak dengan mereka..pasti tak seperti yang korang pikirkan.. 


jom makan kek!hilangkan rase marah...





0 virus attack: