kenduri dengan muka comot

semalam adalah hari yang memenatkan..dari pagi sampai ke senja buat keje..bangun tido terus pegi kupas bawang dan segala benda-benda asas untuk buat lauk...

tsk..tsk...

aku yang kupas jijie pulak lebih-lebih..dia hanya jadi pemerhati bersama notebook satu malaysianye...adeh!nasib baik ada tolong sikit-sikit..

alhamdulillah ramai jugak orang yang datang..yang datang dan balik cepat ada, yang datang tak balik-balik pun ada..sebab yang datang tak balik-balik tu orang-orang yang duk tolong mak aku dari pagi..hehe..

pukul2, mak aku dah start tanya bertuibi-tubi soalan yang penah ditanya pada hari raya kedua tempoh hari, 

"kawan bile nak sampai?"
"err..jap lagi sampai la mak, diorang nak pegi masjid tanah dulu,"

aku dah risau dah..diorang ni jadi datang ke tak?aku terus mesej insan-insan yang berkenaan untuk kompem kan balik..

"ada kat mana?jadi datang ke tak?"
"kitorang baru je sampai masjid tanah..huhu,"

adehh!dah agak dah diorang mesti lewat dari apa yang dirancang...start pukul 4 aku dah jadi tak senang duduk..tak jumpe rumah ke diorang ni?tibe-tibe,haaaaa....datang pun..tapi baru 2 orang..huhu..

"tu ke kawan kau?kata ramai,"
"yang ni baru datang 2 orang mak, ada lagi 2 keta,"

tak lama lepas tu baru la muncul mereka-mereka yang bermotor kemudian berkereta..fuh!nasib baik dapat cari rumah walaupun aku terpaksa melambai mereka dari jauh seolah-olah berkata,

'woiii!rumah aku kat sini la,'

penuh veranda rumah aku..dah tentu yang datang pun budak kelas aku dari sem lepas..kirenye yang datang tu ada 2 kelas la walaupun tak semua yang datang..dan semestinya aku la yang paling busy menghidangkan mereka dengan juadah masakan asam pedas melaka..hehe..

lama jugak diorang singgah, bergambar lagi..aku dah le pakai baju biasa je..dengan muka comot kepenatan..aduhai!kenapalah tak bagitau nak amek gambar..huhu..kaum hawa yang datang pun semua berbaju kurung..macam datang raya..hehe..

lepas diorang balik aku rase lega sikit..walaupun banyak lagi keje yang menanti di dapur..huhu..dan disebabkan mereka datang dah petang sangat, aku terpakse delay flight aku untuk balik a'famosa pada pukul7 pagi keesokan harinye...huhu..nasib baik kelas pukul 9..

apa-apapun aku rase tersangat hepi bile dapat layan kawan-kawan aku yang datang kenduri rumah aku arini..thanks kepada semua yang datang!aku sayang korang...yang tak dapat datang takpe, tahun depan ada lagi..hehe..


p/s 4 oktober..besday mr.raksasa..dan aku terlambat wish disebabkan tertido kerana kepenatan...huhu..sorry dear.. 

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

Gemuk Atau Kurus, Mana Yang Jadi Pilihan?