blog kita wajah kita..bukan wajah makcik pisang goreng belakang rumah..

salam..
kenapa orang suka letak gambar kat blog?
ok, kalau gambar yang diletak tu sekeping dua mungkin boleh terima lagi kot sebab visitor mesti nak tahu muka tuan blog tersebut kan..tapi kalau yang letak gambar berkeping-keping tu?gambar berposing maut punya..semua gambar nak bajet cun..apa tujuan sebenarnya pulak kalau camtu?
orang nak bace entri kau je la..kalau sekali sekala tu letak gambar kat entri ok la jugak..ni tak letak gambar kat sidebar..pastu ditambah pulak entri yang memang menepek gambar cun+hot korang lagi..ok fine, korang memang hot la..clap!clap!clap!sebab korang memang pandai berposing dan berlensa..fuh!cun habis!tapi perlu ke semua tu?

http://www.smileycodes.info

mungkin la ada visitor ataupun follower suka tengok tuan blog yang kiut miut baru nak follow..katanye kalau tak kiut takde selera nak tengok blog..haha..yela tu..tapi cuba bayangkan kalau tu sebenarnye bukan muka sebenar mereka??atau dengan bahasa sopan, indah khabar dari rupa..haaa...tak tahu..
sebelum ni aku suke jugak duk tepek gambar sendiri kat entri pastu ada la widget yang aku letak gambar aku,kononnye cun la gambar-gambar tu..hehe..tapi bila pikir balik, memang tak perlu pun gambar-gambar tu..orang bukan tengok pun gambar kau..diorang datang nak bace entri je, lain la kalau kat facebook tu ada la yang berminat nak stalk gambar korang satu persatu..huhu..kalau letak gambar kat blog tak rase ke korang akan memberatkan blog sendiri?pastu nanti bila orang nak datang bace entri ke nak lawat saje-saje ke tak ke lambat loading nanti?then bagi yang tak suke menunggu kompem terus tutup..haaaa...hilang satu visitor..kurang trafik blog korang..huhu..

tapi kalau rase blog tu masih boleh buka dengan sebaiknye ataupun tak klik terus dah buka(fuh!laju gile kalau camtu), teruskan la berposing dalam blog..blog anda wajah anda harusla anda yang mencorakkan blog anda sendiri..tak kisah la letak gambar cun ke, buruk ke, takpun letak template blog gambar sendiri menari-nari ke..takpe-takpe ikut la taste anda..hehe..asalkan benda tu semua tak mengganggu pengunjung blog anda nanti...


p/s peace!aku memang suke mengarut tengah-tengah malam..http://www.smileycodes.info

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

perempuan mata beso ni cantik benornye..

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.