lelaki itu, lelaki ini...

adeh!aku tak paham betul la kawan aku yang sorang ni..aritu bukan main lagi gaduh dengan pakwe dia tiba-tiba dah baik balik..cara dia cerita kat aku aritu macam dah clash dan taknak baik balik...aduhai..pening kepala aku..huhu..so, kat sini aku nak cerita sikit ciri-ciri lelaki yang penah aku jumpa..bukan nak kata aku pro sangat pasal ni..tapi aku memang jenis yang suka observe tak kira la orang yang aku observe tu kawan aku ataupun aku tak kenal langsung..huhu..ataupun dari cerita kawan-kawan aku..



harapanku harapanmu jua

yang ni jenis yang suka bagi harapan kat perempuan..aku penah jumpa lelaki macam ni..contact macam ada something tapi sebenarnye takde pun..contoh harapan,

"u, nanti kita kawen i nak bagi u keta mainan buat hantaran tau,"

see, tak kapel pun dah berani cakap pasal kawen..pastu berani pulak tu panggil perempuan tu dengan panggilan manja..bila ditanya ada apa-apa ke antara mereka jawapannya,

"kita kawan dulu eh, i tak bersedia lagi,"

perempuan tu ingatkan dia nak suruh tunggu sebab mungkin bagi dia baru lagi..yela, kadang-kadang tu 2 tahun pun tak cukup untuk kenal hati orang kan..si perempuan ni pun jadi penunggu setia dalam jangkamasa yang agak lama..tiba-tiba dalam satu ketika si lelaki tak contact langsung perempuan tu lebih kurang dua bulan padahal 2 bulan sebelumnya mereka masih lagi berbual mesra dalam telefon..macam ada yang tak kena, bila perempuan tu contact si lelaki..terkejut perempuan tu..dia dah ada orang lain!so, kenapa bagi harapan?apa sebenarnya si lelaki nak dari perempuan tu?frust gile perempuan tu..duk salahkan diri sendiri sebab percayakan lelaki tu..macam mana deritanya perempuan masa tu?hanya tuhan je yang tahu..dan mungkin roomate perempuan tu nampak penderitaannya..huhu..


kata-katamu seperti seekor gajah

suka cakap besar untuk menangi hati perempuan..tolongla..perempuan sukakan lelaki sebab diri lelaki tu sendiri bukan harta benda yang kau ada..

"u know what, belakang rumah i ada keta sorong besar..u nak tak kalau i bagi kat u?boleh u bawa gi shopping nanti,"

hah!kalau setakat keta sorong baik tak payah..huhu..tunjukkan akhlak yang baik depan perempuan tapi sebenarnye itu bukan diri dia yang sebenar!kalau memang diri dia tu bagus la kan..tapi ingat, zaman sekarang orang tak boleh percaya sangat..kadang-kadang tu orang yang pakai kopiah setiap masa pun tak boleh nak percaya..tiba-tiba dekat paper keluar berita ustaz tu buat kes ni, ustaz ni buat kes tu..jadi, hati-hati la ye..


i just want ur body

yang ni kalau aku tak ulas pun korang dah tahu kan..so, better larikan diri korang sebelum benda buruk yang akan berlaku..tak pasal-pasal nanti korang jadi kekah..huhu..

larikkkk!!!!!http://www.smileycodes.info


hye, boleh kenal?jom kite kapel..

simple word them
G.E.R.S.A.N.G

baru kenal kot dah ajak kapel..agak-agak la..nampak sangat la tak serius orang macam ni..kapel hanya pada nama dan status je..nampak je perempuan cantik tegur pastu ajak kapel..helo!ingat perempuan ni apa?aku penah kot jumpa orang macam ni..HAHA..dan aku penah kapel dengan orang yang baru kenal..baru sehari kenal dah kapel..adeh!tergolong dalam golongan gersang jugak ke aku?tak tak masa tu aku budak sekolah lagi..huhu..baru je dapat handphone..memang kapel la masa tu..duk bergayut je 24 jam..dalam 1 hari aku rasa ada la 10 kali dia topup semata-mata nak bergayut dengan aku!padahal tak penah jumpa tu..naik rimas aku masa tu..sampai kadang-kadang tu dia kol aku buat tak tahu je taknak angkat..huhu..sampai la hari ke-5..aku surrender!aku mintak clash..huhu..sejarah kot kapel 5 hari je...huhu


actually ni semua ada kaitan dengan aku..dari yang 1st sampai yang akhir..takkan aku nak cerita kalau takde kaitan dengan aku..tak pasal-pasal salah maklumat..huhu..bagi kaum adam, maaf la kalau entri ni ada yang buat anda tak puas hati..aku hanya nak bagi pendapat je..tak pasal-pasal aku kena serang jap gi..tapi kalau rasa entri ni agak melampau sila tegur..kadang-kadang tu aku cakap ikut sedap hati je..tak ambik kisah pun hati orang..huhu..


p/s bagi yang telah dilukai, sabar ye..aku tahu tu je benda yang aku boleh cakap..aku pun penah jugak alami benda macam ni..takde sape yang boleh bantu melainkan diri anda sendiri..just nak cakap, u've deserved someone better than him..jodoh pertemuan di tangan Allah, kita hanya merancang, berdoa dan bertawakal untuk dapat yang terbaik untuk kita..dan lastly menerima qada' dan qadar yang ditentukan untuk kita..semoga kamu baik-baik saja..


Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

perempuan mata beso ni cantik benornye..

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.