gransazer tidak lagi bersiaran di facebook

selamat pagi malaysia..
ni bukan entri mengenai program tv1 selamat pagi malaysia ok..
semalam aku rasa adalah hari aku paling emo..(raksasa yang cakap)..tapi memang emo pun..chat dengan dia, asyik nak marah-marah je..nasib baik dia tak marah aku balik..haha..kalau tak memang padan la dengan muka aku..
sejak beberapa minggu yang lepas aku telah buat akaun fb yang baru selain gransazer..masa tu aku deactive akaun gransazer..agak lama la aku deactive..pastu duk guna akaun raksasa..dan kacau segala yang ada..HAHA..then aku ambik keputusan buat akaun baru..kononnye sebab akaun baru tu gantikan akaun gransazer..tapi lama-lama buka jugak akaun gransazer..dan gransazer yang paling aktif berbanding yang lagi satu..macam takde guna je aku buat akaun lagi satu tu kan..
tapi sejak aku buka balik akaun gransazer tu aku tak penah approve sape-sape yang add aku..application dan group yang orang invite pun aku buat tak tahu je..kecuali ada la group wajib yang aku join..macam alumni silat matrik aku..friendlist dah seriban tapi rasenye tak hebat lagi..aku tengok kengkawan aku yang lain ramai jugak friendlist dia sampai 2000++, 3000++..fuh!lagi dasyat tu..gile aktif fb la diorang tu..sekali update status beratus-ratus komen dia dapat..famous kot..



tapi tu bukan tujuan aku ber-facebook..memang la facebook tempat cari kawan kononnya (walaupun aku nampak facebook lebih kepada tempat cari stalker) tapi kalau sekadar memenuhkan friendlist dan inbox dengan mesej-mesej gersang contohnya...


"hai wak, nak kenal boleh?"

"wak, saya nak kenal dengan awak..boleh saya mintak gambar awak tak?awak pun boleh amek gambar saya kalau awak nak.."

"awak nak nombor telefon,"

"awak cute la jom kite kapel,"


baik tak payah la..aku rela tak ber-facebook..walaupun aku sendiri kenal raksasa dari facebook..haha..tak boleh blah saat-saat baru nak bertaaruf ketika itu..
takpe la, biarpun friendlist aku kali ni tak sampai 100 pun..asalkan aku kenal mereka yang berada di friendlist tu..sebelum ni ada jugak orang-orang yang ntah dari mana datangnye mereka duk add aku..memang la tak seramai akaun gransazer..apa yang aku buat..


"erk!sape ni?takde mutual friend..gambar cam tak betul je..ooohhhh..ramainye pompuan dalam friendlist dia..info dia...erm...ok ignore!"


haha..agak kejam di situ..apa-apa hal pun kalau korang nak add aku bukan tak boleh tapi sila kenalkan diri anda dulu ye..ada je blogger tegar yang add aku kat akaun lagi satu ni..dan aku approve sebab aku tahu dia sape..dan kami bermesra..(ayat poyo)..hehe..


aku tahu entri kali ni agak bosan sebab ku memang tengah takde idea..memang tak lari tajuk blog aku dengan entri-entri dalamnye..huhu..lepas ni nak tukar la tajuk ku banyak idea, aku yang banyak pikir, hidupku penuh idea atau aku banyak idea, kau nak sikit?..haha..


p/s semalam baru aku jumpe button delete akaun facebook yang selama ni aku cari..hehe..thanks ex-roommate!


Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

perempuan mata beso ni cantik benornye..

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.