"sebab kawan badan binasa"

aku sebenarnye takde masa nak update blog ni..tapi ada cite yang aku nak share dengan korang semua..kalau lambat nanti idea aku hilang..huhu.
ari isnin aritu aku cam biasa la pasang niat nak tumpang bilik micos untuk 1malam sebab malam tu aku ada latihan silat,tapi tak pegi pun sebab ada lab report yang menanti untuk disiapkan...huhu..aku duk kat cafe siapkan lab report dengan isa dan aimi..tapi masa buat report tu aku dan aimi tak habis-habis dapat mesej dan call dari faiza dan sue..kononnye kami nak rancang prank untuk member kami yang telah menyambut birthday beberapa bulan yang lepas..dah lama dah nak buat tapi asyik tunda je..kek pun dah 2 ari tersimpan dalam peti ais rumah aku..huhu..tertunda pun sebab birthday girl asyik takde kat rumah..dan ada yang busy..kalau ikutkan memang semua busy dengan lab report dan assignment..
malam tu, kitorang plan nak buat kat micet je..faiza dah beli dah tepung nak baling kat dia..kitorang memang dah ada kat micet kecuali micos sebab dia busy masa tu..nak panggil birthday girl je datang micet, nak nak semua duk luar kecuali aimi dan micos..faiza mesej dia..

'temankan aku pegi micet, aku sorang-sorang kat ruma ni..yang lain semua kat micet ada discussion,'

'jap, nati aku bagitau nak gi ke tak..'

ok, takpe la..tunggu jap..

'faiza, ko ajak la su..sebab dia kata nak gi micet jugak..aku penat la kelas habis lambat tadi..lagipun gelap nak naik motor berdua je..'

'owh, takpe la..biar aku gi sorang-sorang..'
(ada ayat tachink yang dia bagi kat birthday girl tapi aku lupa..huhu..'

'bukan aku taknak tolong ko, tapi aku memang betul-betul penat kelas habis lambat..sampai rumah pun dah dekat maghrib..ajak la su, sebab dia kata nak gi micet tadi..'
(lebih kurang la..)

faiza pegi je micet masa tu sebab nak amek kek kat rumah aku lagi..sampai je kat kitorang, kitorang duk plan cara lain nak celebrate birthday girl..
plan bertukar, kitorang datang rumah birthday girl dan buat prank kat sana..kononnye kitorang ramai-ramai cari faiza tak jumpa..sampai kat rumah birthday girl, selepas keta su parking kat depan ruma dia dan faiza menyorok dengan tepungnye..aku, aimi dan kerol bagi salam panggil dia..tapi takde jawapan..aku dan aimi ketuk sliding door rumah dia dengan kuat setelah dinasihatkan oleh jiran sebelah..sakit tangan aku..huhu..masih takde jawapan..

"dia tido kot,"

aimi dan kerol try kol phone dia..mula kol celcom...
tak dapat..
maxis pulak..nasib baik angkat..

"ko katne?"

"aku kat McD ni dengan housemate aku,"

agak terkejut kitorang dengar masa tu..aimi dah malas nak cakap banyak..
faiza nampak sangat terkejut dengar dia ada kat McD..

"tadi kata penat.."

faiza menangis!aku, aimi, su duk pujuk dia..kitorang pun tak tahu nak kata apa masa tu..

"kenapa dia nak tipu?kalau nak pegi McD bagitahu je la tak payah bagi alasan,"

kitorang diam je..bila faiza dah reda baru kerol ajak makan kek kat rumah faiza..

"kite makan je la kek ni, TANPA dia.."

agak sedih suasana makan kek tu..masing-masing tachink dengan birthday girl..
lepas makan kek aku dan aimi pinjam motor faiza balik ruma aku lagipun dah pukul 12 dah masa tu..nak balik hostel tak boleh dah..
on da way aku dan aimi ke a'famosa, 


"bam!"


keadaan motor dah tak stabil tapi nasib baik tak jatuh..kitorang terlanggar keta waja..pergh!lepas satu masalah timbul masalah lain pulak..dah la motor pinjam ni..malam tu jugak kitorang ke balai polis alor gajah buat report pasal accident tu..yang pasti memang kitorang yang salah sebab motor tu takde lampu lagipun break tak makan..haish!nasib baik takde apa-apa kecederaan..juz aimi la kaki dia luka sebab hentam lampu belakang keta tu..motor ok je..
pukul2 baru dapat balik rumah..tu pun tak tido lagi sebab ada lagi keje yang kitorang tak siap..report yang kitorang tinggalkan kejap semata-mata nak celebrate birthday girl kononnye tu..sempat jugak aku aktif fb sebab diorang kata nak tag gambar kek tu..huhu..dan tak sangka birthday girl boleh buat status yang agak menyakitkan hati kami..


"tension + penat..balik lambat dari kelas tibe-tibe pulak ada sorang minah ni cari pasal dengan aku..nasib baik ada housemate yang sangat memahami!"


sape la agaknye yang cari pasal dengan dia lagi malam tu kan..dalam pukul3 lebih baru aku boleh tido..
esoknye mata dah macam encik panda dah..tak cukup tido!terpakse la bermotor sekali lagi dengan aimi..sebab pagi tu aku sorang je yang ada kelas pagi..housemate aku takde semuanye..sebab tu aku ajak aimi tido rumah aku..huhu..
pagi yang sejuk, kitorang bermotor dengan jacket biru micet sebab pagi tu ada lab thermo..nampak pulak insan lain yang memakai jacket yang sama tunggang motor..


'ohh..isa rupanye..'


lab member kitorang..betul menikmati pagi isa ni..huhu..aimi pun potong la dia..


tiba-tiba...


"bam!"


motor tak stabil lagi!aku nyaris terjatuh..tapi tak perasan apa yang aimi langgar kali ni..huhu..kitorang teruskan perjalanan ke micet..tiba-tiba isa tegur kitorang dari atas motor..


"uik, nasib baik tak jatuh..pagi-pagi dah langgar ayam,"


owh, ayam rupanya yang kami langgar...aduyai!kenapa semua benda berminat nak kena langgar dengan kitorang ni!huhu..dalam satu hari tu, kelas kitorang kecoh dengan kisah kitorang langgar ayam..huhu..dan jugak kisah accident malam tu..bak kata aimi...


"sebabkan kawan badan binasa!"



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

perempuan mata beso ni cantik benornye..

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.