iNsOmNiA...

apa yang korang akan buat kalau korang tak boleh tido?




adakah korang akan study?
tengah-tengah malam study memang boleh masuk la..dah la tak bising, sunyi je..baca la bio kalau jenis orang yang suka study dan baca kuat-kuat waktu-waktu macam ni adalah waktu yang paling sesuai untuk dia..so, setiap kali nak study terpaksa kena korbankan tido..erkk!betul ke?confirm lesu nanti masa kelas..huhu


tengok movie..
mungkin takde keinginan nak study atau belum ada kesedaran, so sebagai langkah untuk menghilangkan bosan sebab tak boleh tido kite tengok movie sorang-sorang..kadang-kadang movie baru nak start kompem dah terlena..tapi aku tak boleh jugak..pasang la berapa banyak movie pun or buat movie marathon mesti mata masih segar bugar..tetap pendirian betul..adeh!


makan..
haha..memang kesukaan aku la!kalau tak boleh tido malam-malam buta mesti terase lapar..pastu takkan nak biarkan perut terus mendendangkan lagu-lagu irama tradisional..mesti la bagi berenti..kadang-kadang tu makan bukan sebab lapar tapi terase nak mengunyah..hehe..tapi kalau aku makan sebab lapar..dulu ingat lagi tengah-tengah malam aku dan adik aku terbangun dan masak nasi goreng sebab dah lapar sangat..adeh!tu pun badan masih slim river...huhu


dengar lagu..
sama la macam movie..kononnye kalau dengar lagu kire macam kena dodoi la..tak lama lepas tu bajet boleh terlelap..hoho..tapi bukan aku..mata aku sangat tetap pendirian..kalau tak boleh tido maksudnye memang tak boleh tido..buat la apa pun..huhu..



p/s aku rase aku ni dah macam insomnia dah...






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

perempuan mata beso ni cantik benornye..

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.