new bloglist
new home new bloglist new bloglist

31 Julai, 2010

Home » » stalker?oh, tidak!

stalker?oh, tidak!

kali ni aku bukan nak cerita kenapa ais terapung atas air ataupun nak cerita kenapa monyet suka memanjat..tapi kali ni aku nak kongsi dengan korang kisah seorang stalker..
penah tak korang di-stalk atau korang sendiri yang jadi stalker?
aku selalu je jadi stalker..hoho..tapi bukan la yang jenis fanatik tu k..selalunya dikatakan stalker bergiat aktif di facebook..haa..jaga-jaga cik salmah..terutama bagi yang suka approve orang yang tak kenal tu..bahaya tau tak kalau hidup di-stalk oleh orang yang tak kenal..kalau boleh kenal sape-sape yang add korang tu..
macam yang berlaku kat seorang kawan aku..dia memang suka letak segala status yang berkaitan dengan diri dia kat facebook..tak kira la, dia nak pegi mana-mana ke dia mesti update dulu status kat facebook..

'hari ni aku nak pegi tengok wayang kat mp...'

contoh status kawan aku tu la..keesokan harinya post benda lain pulak..

'nak mandi water world!!sape nak ikut??'

ye, kawan aku sangat obses dengan facebook..kalau boleh keadaan dia berkuak lentang kat water world tu pun dia nak bagitahu..huhu..dah dia duk announce kat facebook dia pegi sana, pegi sini..sampai satu masa dia perasan mana-mana je yang dia pegi mesti nampak seorang lelaki ni..muka yang sama dan pastinye orang yang sama!mula-mula tu dia takde pun kisah kat lelaki tu..tapi satu hari ni buat dia betul-betul sedar..lelaki tersebut tegur dia..

"hai miss zaza bohr,"

(eh, bukan nama sebenar..zaza bohr tu nama aku..huhu..contoh je la..)
terkejut kawan aku tu sebab nama tu hanya digunakan kat facebook je..takde sape pun yang kenal dia dengan nama tu..sejak tu dia dah tak berani nak post sesuka ati status facebook dia..kawan-kawan dia pun dia remove orang-orang yang dia tak kenal..
tu la akibatnya kalau terlalu obses dengan facebook..dan sebab tu aku deactive akaun facebook..sebelum benda macam ni berlaku kat aku..huhu..


p/s kesian kawan aku tu..takpe-takpe aku nak cadangkan dia deactive facebook jugak macam aku..hehe


0 virus attack: