masa sedih kawanlah peneman...

Hari ni aku online facebook sekejap..dan buka page yang biasa aku buka..kemudian tangan aku cepat je tutup page tersebut..belek-belek page sendiri kejap dan buat apa yang patut…dan logout..
Simple word to describe my feeling right now..

s.a.k.i.t.h.a.t.i

tapi aku tahu aku tak sepatutnye ada perasaan macam tu..sebab aku bukan sape-sape..bersabar dan terus berdiam diri adalah cara yang terbaik…bak kata kawan aku..

“kau ada masalah ke takde ke sama je aku tengok,”

Mungkin camtu la caranya aku simpan segala masalah aku dan sembunyikan segala perasaan negative aku..apa yang aku selalu buat, aku akan terus berfikiran positif..walaupun kadang-kadang cara tu tak membantu memulihkan perasaan aku..tapi aku tahu perasaan tu sekejap je..jap gi hilang la atau takkan hilang langsung dan aku terus sembunyikan jauh di lubuk hati..kunci perasaan tu supaya tak memudaratkan diri aku..walaupun aku tahu tak lama lagi ianya pasti akan meletup seperti Nagasaki dan Hiroshima dibom suatu ketika dahulu..
Kenapa susah sangat aku nak luahkan?cakap je, tu je yang patut aku buat untuk luahkan apa yang aku pendam..mr.raksasa selalu cakap..

“jangan simpan..kalau marah bagitahu,kalau sedih bagitahu..kalau aza terus simpan camni mad bukan tahu pun aza ni marah ke sedih ke,”

Dan setiap kali selepas dia cakap macam tu baru aku bagitahu dia aku marah, cemburu, sedih mahupun gembira..kalau gembira tak payah bagitahu kot..
Tapi setakat ni aku belum penah lagi meletup marah tak tentu pasal..sebab aku ada tempat mengadu..orang yang selalu berada dengan aku masa aku ada masalah..my bff..mimi dan edaa qa..dan juga orang yang selalu bagi aku nasihat..zyra, adik aku sendiri..mungkin sebab tu sekarang ni aku terasa sangat sunyi tinggal di rumah..dan aku masih ada kawan-kawan yang selalu menceriakan aku..sumbak’f yang sememangnya sumbak..hehe..
Aku selalu dengar masalah orang, tapi kadang-kadang aku terpikir masalah aku sendiri belum ada penyelesaian..sebab aku tahu takde sape yang boleh bantu aku dengan masalah aku melainkan aku sendiri..aku yang kena selesaikan sendiri..tapi bukan bererti aku tidak memerlukan seorang pendengar…
Bukan nak menjaja masalah aku.aku hanya nak natural kan semula perasaan aku..tapi kadang-kadang bila aku dah serasi dengan seorang kawan yang aku dah anggap macam abang aku sendiri ada jugak yang salah ertikan keakraban kami tu..sebab dia care dengan aku ke?tapi cara dia care tu aku rase tak nampak melainkan seseorang tu tahu aku mesej dengan dia..mungkin nampak la kot..teringat semula masa aku tengah sedih sebab mini projek cpp yang macam mega project bak kata matt leopardus..memang jelas dan nyata masa tu aku sedih sebab aku menangis depan budak kelas aku..tapi dia sorang je yang pujuk aku..terharu aku masa tu..



“lecturer cakap pe tadi?kena marah ke?macam teruk je sampai kau boleh nangis,”

“takde pe la..aku tak kena marah, dia tegur je.tapi aku yang terase lebih-lebih,”

“dia cakap apa?”

“dia tanya kenapa mini project tak perfect..aku terase sebab aku ketua kan.terase macam ketua tak guna,”

“dah la tu sabar je la..jangan risau sangat kau punya carry mark kan tinggi jugak,”

“camne nak sabar kalau ahli kumpulan lain semua tunding jari kat aku?seolah-olah aku yang tak buat keje..diorang tak tahu ke aku tak tido 2 3 hari ni semata-mata nak siapkan mini project?!”

“sabar la..dah lepas dah kan..aku rase lecturer mesti consider punya masalah kau ni..dah-dah jangan sedih-sedih..”



Dari awal lagi sebenarnya aku ngadu tak serasi dengan kumpulan aku tu.so, dia pun tahu camne keadaannye..aku bukan curang k..mr.raksasa pun tahu aku sedih masa tu..aku banyak ngadu kat dia..
Tapi makin lama aku rase segan pula nak kontek kawan aku ni..mungkin aku tak tahu nak cakap pe..ataupun tak tahu nak merepek apa dengan dia..hehe..dan setiap kali kalau mesej dia pun mesti sehari selepas tu baru dia balas..



“eh, sori2 aku tak pasan ada mesej,”



Tak pun..



“sori2 aku tak jumpa handphone aku la semalam..”



Ataupun..



“sori lambat reply, aku baru cas handphone aku ni,”



Aku nampak yang dia bukan seorang yang obsess dengan handphone dia..mintak nombor telefon pun macam nak kena korbankan nyawa..hehe..
Dalam kelas jangan harap la nak cakap dengan dia..apa taknye, aku dah memang tak banyak cakap dia pun sama..so, kalau kitorang dalam bengkel fluid mechanics walaupun kitorang sama kumpulan masing-masing susah nak buka mulut..lagipun takde apa yang nak diborakkan..experiment lebih penting..huhu..
Aku rasa sekarang perasaan aku dah kembali natural seperti sebelum ni..sebenarnya masih belum diluahkan tapi aku dapat kawal perasaan aku kembali..aku tahu kalau aku duk buat entri emo-emo macam sebelum ni takde apa yang dapat membantu aku..aku hanya membuatkan diri aku bertambah marah especially bila aku baca balik entri tu..haish!baik delete je la entri emo tu..huhu..
Thanks to my friend..buat entri pasal dia buat aku ok kembali..satu hari nanti aku akan reveal kan sapekah kawan yang aku maksudkan..

Thanks for reading..love u all..





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

Gemuk Atau Kurus, Mana Yang Jadi Pilihan?