facebook bawa masalah?

jalan-jalan kl lagi tapi kali ni ke time square pulak..macam yang lepas jalan satu bangunan takde buat apa-apa..nampak kerusi duduk kejap..pastu jalan balik..hehe..tapi kali ni terase lama pulak mungkin sebab kami awal dari aritu..aku sampai terus disuruh naik lrt sampai ke bandaraya..ok, no hal..aku boleh je..hehe..


tengah duk berdating tiba-tiba pulak dapat mesej dari cik mimi..




"za, aku dah deactivate account fb jugak..edaa qa pun sama.."




erk!pelik aku mimi ni..aritu kata sayang nak deactivate facebook tapi deactivate jugak..tapi masa tu aku tak balas lagi mesej dia..yela, tengah dating..jap lagi la balas..hoho..
aku masuk je bus nak balik melaka, aku terus send mesej kat mimi..




"mi, sori lambat aku tengah dating tadi..haha..kenapa ko deactivate jugak?si sue pulak kenapa?"




banyak pulak soalan yang aku tujukan kat mimi..biasa la kalau kepelikan dah menular dalam diri aku..cam tak betul je ayat aku ni..hehe..mimi balas..




"betul cakap ko, fb buat kite sedih.."




errr...sedih lagi ke dia ni??huhu..



"aku nak fokus study jugak la sem ni..dah taknak main fb lagi,"

"owh..sue pulak kenapa?"

"ntah..dia pun nak fokus kot,"




macam ni la jadinya selepas dikejutkan dengan subjek semester ni yang agak tough..haha..ditambah pulak keadaan kami yang seperti takde masa langsung untuk berlaman sosial..kalau boleh semua account nak deactivate or delete..kononnya tak mahu diganggu padahal sama je bagi aku..cuma kite je yang mampu menahan diri kite untuk ada masa atau tidak..aku tahu diri aku, sejauh mana aku dapat tahan, selama mana aku boleh berhenti berlaman sosial..dan sebab aku kenal diri aku la aku deactivate sebentar account facebook aku..
dan seperti yang aku katakan dari facebook jugak suatu masalah tu timbul..aku bukan nak lari dari masalah tapi aku rasa ni cara yang terbaik..terutamanya masalah yang tak sanggup nak diluahkan..bak kata orang,

'ditelan mati emak, diluah mati bapa'..

p/s tak sangka aku dah pandai guna peribahasa ni..haha..





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

perempuan mata beso ni cantik benornye..

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.