aku bukan aneroxia!

Sewaktu aku dan ayah on da way balik ke rumah selepas membayar yuran di cimb..aku ternampak seekor anak lembu yang sangat kurus..


“keringnya anak lembu tu…”

“tak makan kering le jadinya..”

“rumput banyak makan je le..”

“lembu zaman sekarang demand nak makan brokoli je,”


Adeh!camtu pulak..aku pun kurus jugak tapi takde la nak demand makan..aku tak penah mintak mak aku buatkan spaghetti melainkan aku yang buat sendiri..huhu..aku tak penah suruh mak aku masakkan omelets..


“mak buatkan spaghetti baru aja nak makan..”


Tak penah..tak penah..kalau aku nak makan benda-benda pelik ni selalunya aku buat sendiri sebab mak aku pun tak tahu buat benda-benda pelik ni..huhu..


“apo bondo yang ekau cakap ni ja?spagetti..spagetti..po bondo eh?


Hehe..tapi mak aku Melaka belah selatan bukan le macam kat atas ni dia cakap..ayah aku mungkin…hehe…
Tapi sejak kebelakangan ni asyik terase nak makan kek je..dah buat, habis nak buat lagi…huhu..tapi tak best pulak rase buat kek sorang-sorang kalau adik ada kan best duk bergurau dengan tepung kat dapur..hehe..


“woi adik!!balik la cepat kita buat kek sama-sama!”


Cakap pasal kek tiba-tiba perut terase lapar balik padahal baru lepas makan ni..huhu..makan banyak-banyak pun takde pulak nak gemuk…risau aku…mungkin aku patut cuba sekali lagi amek supplement macam kat matrik dulu walaupun sebelum ni tak berjaya..usaha tangga kejayaan!huhu..


“zati!jom try amek appeton weigh gain balik!”


Ex-roommate aku  masa kat matrik..dia jugak yang kongsi duit dengan aku untuk mencuba susu di atas…huhu..zati..zati..setiap kali kontek dia balik soklan wajib yang dia tanya mesti pasal berat aku..yela, masing-masing berlumba-lumba nak jadi gemuk tapi aku punya berat lagi ringan dari dia..huhu..


“za, camne sekarang?dah gemuk?”

“za, berat berapa sekarang?”

“za, kau tak amek apa-apa supplement ke?”

“za, tahu tak berat aku dah turun…”

“za, rindu nak jumpa kau..mesti dah gemuk sikit kan,”


Semua mesej dia berkaitan dengan berat!huhu..takpe, layankan aje..
Kadang-kadang ada jugak tanya aku rahsia nak jadi kurus..huhu..orang nak gemuk dia nak kurus pulak..tu la aku cakap bila kita nak sangat benda tu mesti tak dapat tapi kalau kita taknak senang je nak dapat…huhu..
Alhamdulillah, memang aku kurus tapi takde pulak doctor sahkan yang aku ni ada apa-apa penyakit..yang penting aku bukan ANEROXIA…huhu..doktor hanya cakap dengan aku macam ni..


“kurusnya awak ni..”

“camne la awak boleh masuk u..”


Geram jugak bila ada doctor cakap dengan aku macam tu..aku rilek je le..dalam hati memang duk tak puas hati dengan doctor tu..


“kau kena macam aku baru kau tau!”


Ok, mungkin ni saje entri aku pasal makan, kurus dan berat badan..hehe..jangan perkecilkan kelemahan orang yang kita nampak dengan jelas fizikalnya..sebab bukan dia sorang je yang ada kelemahan camtu, kita pun ada jugak kelemahan sama ada nampak ataupun tak..takde sape yang perfect..


aku nampak macam anerox ke?




p/s nak makan!lapaq!!huhu…

thanks for reading..love u all!





Ulasan

Areyoudys berkata…
as salam..
Za tade kurus sangat pun.
yang penting, kita sihat. mungkin metabolisme za sangat tinggi. baru je makan, badan dah guna semua nutrien tu.

huhu

meh singgha sini lak~

sebenarnya nak cakap ni kat za.tapi risau pula za terlebih suka.wahaha~
Zazachan berkata…
@... yelah tu..memang metabolisma sgt tinggi sampai tak sempat nak jadi lemak dah habis guna utk generate energy..huhu

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

perempuan mata beso ni cantik benornye..

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.