3hb JULAI..yippie!!..::(^_^)::..

wahhh!!lepas 3hb baru ni dapat online..huhu~pe taknye, kalau bukan sebab brukband aku kena potong aku dah online dah update apa yang aku janjikan..tapi nak buat cmne, maxis sedang mencemburui aku..huhu~

ok2, seperti yang dijanjikan macam kat dalam entri aku yang INI..aku kembali dengan bahagianye menghupdate blog aku yang makin berhabuk ni..hoho~betul kata korang dalam entri aku yang INI..dan mr.raksasa bukan la seperti yang aku takut-takut sangat dalam entri tu..aku sepatutnye bersyukur kenal dengan mr.raksasa..yang dapat terima aku seadanya..aduhai!dah keluar ayat sedih pulak ni..huhu~

dah..dah..aku nak mula membebel macam mr.raksasa ni..hehe~3hb julai yang aku nervous sangat tu dah berlalu dah pun kan..dan semuanya ok..bagi aku la..memang mula-mula tu nervous masih ada sebab tak penah jumpa kan..nasib baik aku ajak mimi ikut sekali..sekurang-kurangnye aku takde la takut sangat..huhu~TAPI..nervous makin kurang sebab mr.raksasa datang lambat!huhu~ok2, rilek je..bese la..lagipun aku yang susahkan dia suruh amek aku kat bukit jalil tu..dah ada depan mata pun aku diam je..ikut je dia dari belakang..aku rase macam gransazer yang sedang mengejar raksasa yang sedang lari..haha~

kitorang sampai kat mid valley pun aku tak banyak cakap dengan dia..dia ada la tanya aku,

"nak makan katne ni?"

"ntah,"

sampai dia terpaksa tanya mimi..at last aku jugak yang ajak diorang makan kat food court..makan je la...aku pun memang dah lapar dah masa tu..dari pagi tak makan kot..dah la keluar rumah pukul7 lebih tak sempat nak jamah apa-apa pun..cuma ada la kitorang minum air kotak masa dah sampai kat bukit jalil tu..minum air kotak sambil jalan-jalan atas jejantas..masa tu jejantas takde orang,

"apsal bersepah tapi takde orang mintak sedekah pun,"

sambil tengok jam..

"owh, patut la mi..sekarang diorang pegi break kot kan dah pukul 10,"

ok2, berbalik kepada cerita kat mid valley..masa kitorang makan aku rase sangat berbangga sebab aku dapat kalahkan dia habiskan makanan aku..haha~memang la tak habis semua..tapi sekurang-kurangnye takde la banyak cam dia punya..hoho~dengan alasan,

"huh!sizzling mee ni tak sedap!"

eleh, cakap je la dah tak boleh nak habiskan..lala~
lepas makan kitorang jalan je dalam mid valley tu tengok barang, masuk petshop, masuk mph..huhu~mula-mula senyap..jalan pun jauh-jauh..lama-lama tu baru la dekat dan buka mulut..hoho~nasib baik mimi faham masa jalan tu ada la masa-masa mimi tinggalkan berdua..hehe~

TERIMA KASIH MIMI!

aku balik melaka pukul6 petang pada hari yang sama..mr.raksasa hantar kitorang kat bukit jalil tu..masa dalam lrt on da way pegi bukit jalil mr.raksasa tanya aku,

"haa!nak tanya ni?camne sekarang dah jumpa?ada rase takut-takut lagi?"

"erm..ok kot.."

adeh!tak tahu nak cakap apa..kenapa la dia tanya aku balik pasal entri yang aku buat dulu..huhu~
yela mr.raksasa lepas ni dah takde entri yang menggugat hubungan gransazer dengan mr.raksasa lagi..huhu~


ni kitorang kat mid valley..tunggu mimi beli buku..


mr.raksasa gelakkan aku tunjuk dua..haish~


control..control..huhu~



ni dah tak dapat control aku pun tak tahu dia nak gelak ke apa tu..huhu~














Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

Gemuk Atau Kurus, Mana Yang Jadi Pilihan?