tiada lagi EnCiK PeMbULi..::(^_^)::..

perhatian!perhatian!
aku nak umumkan di sini..encik pembuli sekarang telah bertukar menjadi encik kawan baik..huhu~sememangnya beliau telah berjaya menunjukkan kepadaku bahawa dia bukanla seorang pembuli..hehe~dan beliau tidak mahu ada apa-apa kaitan dengan encik pembuli..




semalam adalah hari aku tidak dibuli sepanjang aku jaga fair dengan beliau..ngee~jap gi mesti dia tanya aku..

"bila masa aku buli kau, kau yang buli diri sendiri..huhu~"

yela-yela..aku yang buli diri aku sendiri sebab aku ni memang jenis blur kan..huhu~tapi masa yang singkat semalam buat aku suka duduk berbual dengan dia..tak pasal-pasal jap lagi kena amek gambar..huhu~pastu jadi "star" of the week..taknak aku!

*encik kawan baik
*aku



"selalu balik pukul10 kau tunggu loceng bunyi eh baru gerak dari kaunter?"
"a'ah..aku malas nak beratur..kenapa?"
"jap gi balik kau tunggu aku tau,"
"kenapa pulak aku kena tunggu kau???"
"ada la aku nak bagi kau something,"
"kau nak bagi aku bintang-bintang yang kau buat tu ke?ngee~"
"eh, ni untuk awek aku!"
"laa..baru nak perasan tadi..huhu~"
"jap gi kau tunggu tau,kalau tak aku tarik baju kau pastu biar kau tergolek-golek atas lantai,"
"sampai hati kau..."


perbualan yang bagi aku agak penting untuk entri ni..hehe~maaf la encik kawan baik..tepat pukul10 aku dan kak dira berjalan menuju ke staff entrance sambil berlenggang kangkung sebab loceng tak bunyi lagi..jalan pun slow, belek kasut lain..huhu~tiba-tiba muncul encik kawan baik..


"oitt,kan aku suruh kau tunggu aku,"
"kau tak bagitahu aku pun nak tunggu kat mana..huhu~"
"nasib baik aku tak tarik baju kau tadi,"
"hehe~kan aku dah ada depan kau ni.err..kau nak bagi aku apa?"
"jap la..jalan slow-slow,"
"pinjam beg kau jap aku tak boleh la bagi depan kau.kena ada perantara,mana yang aku boleh buka?"


sambil amek beg kecik aku..aku rampas balik dan check ruang-ruang yang kosong, dan bagi semula kepada beliau..beliau menuju ke fitting room berdekatan kemudian keluar semula..sekejap je pun..

"nah!tapi jangan buka sebelum sampai kat keta tau,"
"yela,"

agak lama kitorang kena beratur malam tu..huhu~bunyi je loceng parkson aku cepat-cepat keluar sebab aku tak sabar nak tengok apa yang dia bagi..hehe~sememangnya jijie dah tunggu berpuluh minit dalam mr.blacky dengan mak aku..aku masuk je keta aku terus buka beg kecik aku tadi..



ni la benda yang dia bagi..walaupun nampak agak dah lama tapi aku tak kisah..sebab aku memang suka luffy..huhu~encik kawan baik memang memahami aku..rase terharu pulak dapat benda ni dari dia..terima kasih encik kawan baik..kau adalah orang pertama aku panggil kawan baik walaupun baru kenal 14hari..

thanks again encik kawan baik


p/s perbualan di atas telah di edit..hehe~










Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

perempuan mata beso ni cantik benornye..

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.