korang penah ada pengalaman dengan HaNtU tak?..::o_O::..

apa yang korang akan lakukan bile ternampak, terserempak atau saje-saje nak nampak hantu?korang penah nampak hantu?atau mungkin sekadar sakat belakang-belakang..maksud aku korang kena tak disakat dengan nampak muka encik hantu tu..hanya penah mengalami kejadian-kejadian pelik je sebelum ni..macam dengar bunyi-bunyian pelik di tengah malam..orang ketuk pintu belakang masa korang tengah 'melepas'..dah rase nak melepas tengah malam nak buat camne kan..huhu..dengar orang bagi salam tengah-tengah malam tapi bile dijengah takde orang pulak..setakat ni kami belum jengah lagi..hehe..dengar orang mandi kat bilik air..dengar orang masak kat dapur..dengar bunyi kuali berketongtang kat dapur..maaf, bahasa kampung dah keluar pulak..hehe..dengar tu, dengar ni...semuanya berkaitan dengan dengar..dengar..dengar..
http://www.smileycodes.info


haa..lagi satu, penah tak korang kena tindih?kena tindih dan dalam masa yang sama korang nampak makhluk yang sedang menindih korang..aku tak tahu la tu dikira sakat depan-depan atau belakang-belakang sebab masa tu mesti korang dalam keadaan sedar dan tak sedar..dah tentu la, korang pun masa tu tengah tido tibe-tibe je makhluk tu nak tindih..huhu..


penah berlaku kat aku masa tu kami lagi dua minggu nak final..aku jenis yang suka study last-last minit so, minggu-minggu genting camni la yang aku pilih untuk study..adeh!sebab tu la agaknya result aku pun paras-paras genting tolak sikit kompem jatuh..huhu.. dan aku sememangnya lebih suka study malam..kenapa?aku pun tak tahu..tapi kalau siang mesti aku buang keje lain..keje lain tu bukan la main game ke apa ke..siang kalau aku study mesti aku mengantok dan tido..hehe..
http://www.smileycodes.info
ok, nak dijadikan cerita..satu malam ni, macam biasa dalam pukul 9 aku tido pastu pukul 12 aku bangun balik..kalau malam tu ada latihan silat dan balik pukul 10.30, balik dari latihan aku akan tido dulu then dalam pukul 2 aku bangun balik..tapi korang jangan pikir pulak dari start aku bangun tu aku akan segar dan jaga sampai subuh..no..no..no..dalam pukul 4 atau 5 aku akan tido..hehe..ngantok la..huhu..aku pun tutup la lampu bilik tu yang jauh dari katil aku..masa tu aku memang ada rase lain macam sikit..aku pun merebahkan badan aku kat atas katil..tutup mata rapat-rapat..masa tu aku tak tahu la aku mimpi apa tapi yang pasti mimpi tu sangat pelik dan membuatkan aku tersedar semula dari tido..tapi masa aku tersedar balik tu..aku macam bukan kat dunia yang nyata.walaupun lokasinya masih di dalam bilik aku tu..aku nampak roommate aku katil sebelah, mimi tengah tido tapi aku masa tu tak boleh bergerak langsung..cuba banyak kali masih tak boleh gerak..rase macam nak nangis je mase tu..tapi aku gagahkan jugak..aku baca apa yang terlintas then try lagi untuk bangun..alhamdulillah masa tu berjaya jugak aku bangun..


aku cepat-cepat ke katil kak sal dan kejutkan kak sal.aku pun tak tahu kenapa aku nak kejut dia.dia bangun je aku terus menangis dengan tibe-tibe sambil berkata,


"kak, kite tak dapat tido,"


kak sal jadi heran dan terus bangun walaupun aku tahu masa tu dia memang taknak bangun.bertubi-tubi dia tanya aku kenapa.tapi aku taknak cerita hanya mampu menangis je.apa yang terkeluar dari mulut aku,


"kak, temankan kite study,"


esoknya baru aku berani cerita apa yang terjadi kat aku malam tu.kalau benda tu saje-saje nak sakat aku malam tu takpe la.tapi yang aku pelik sampai sekarang sepanjang dua minggu sebelum exam tu aku kena benda yang sama.sampai satu hari tu aku dah tak larat aku amek keputusan tido dengan kak sal..aku ingat takde la lagi yang mengacau rupanya aku silap..kat katil kak sal pun aku kena benda yang sama tapi masa tu lagi pelik sebab aku nampak sesuatu kat pintu bilik kami..katil kak sal pun memang depan pintu..sampai kak sal kena pegang tangan aku baru aku boleh tido.


sebelum final tu aku ada balik rumah ajak ayah aku pegi jumpa orang-orang pandai bab ni..bukan la bomoh.aku hanya jumpa dengan orang yang tahu camne nak bagi aku kuat semangat..ada la satu ustaz ni aku jumpe.dia bagi bacakan air yang aku bawa masa tu.dan ada la ayat-ayat yang dia suruh amalkan..alhamdulillah..aku dapat jawab final dengan baik..jawab je la ok..tengok mai result..hehe..dan selepas tu benda-benda pelik tu dah kurang dah berlaku kat aku malam-malam.


huh!penat cari idea nak tulis entri ni je..huhu..ok, masa untuk siap ke tempat keje..
http://www.smileycodes.info


p/s khairul pun membantu aku dalam hal ni..walaupun masa tu aku tak buat..huhu..maaf kawanku, aku terlupa masa tu..balik je dari cafe terus nak tido walaupun lepas tu bangun balik..adeh!
http://www.smileycodes.info




















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

perempuan mata beso ni cantik benornye..

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.