CiNtA dan KaWaN bAiK..::(-_-")::..


Pada suatu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam satu kampung…


Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga…

Kenapa??


Kerana CINTA itu buta..Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga…

Kenapa??


Kerana… KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !!
Didalam telaga CINTA hilang…

Kenapa??


Kerana… CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga,sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap..Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu..

Kenapa??


Kerana… KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia… kan ?? so, hargai lah KAWAN kita...

dulu masa zaman kegemilangan handphone kat dalam dunia aku selalu dapat mesej forward..tak kisah la mesej tu pasal kawan ke cinta ke lawak ke ucapan raya ke..tiba-tiba tadi duk belek-belek mesej-mesej kat handphone terjumpa pulak mesej kat atas ni..sebenarnya aku google je tadi takde makna aku nak tulis panjang-panjang..huhu..lagi sekali pasal cinta..adoyai!za oiii...henti-hentikan la buat entri pasal cinta ni..tahu la cinta kau tak lama lagi nak balik malaysia...huhu~
http://www.smileycodes.info

apa yang aku nak sampaikan kat sini mungkin untuk compare antara kawan dan cinta..kite mesti penah dengar orang yang sanggup tinggalkan kawan baik sendiri semata-mata untuk mengejar cinta..apa gunanya?kenapa perlu buat macam tu?sebab ikut cakap pasangan?terutamanya kalau kawan baik mereka tidak sama jantina..di sini aku nak cakap sikit sebab-sebabnya..


aku jeles kau layan kawan kau camtu
yang ni mungkin selalu terjadi..disebabkan cemburu dengan hubungan persahabatan pasangan si balak/si awek suruh pasangan mereka putuskan hubungan persahabatan mereka..helo!!!!kalau kau ada ramai kawan perempuan ada aku kisah?ada aku suruh kau berhenti kontek diorang?why not kalau korang berkawan dengan kawan-kawan pasangan korang tu..takde la timbul rasa cemburu sebab korang pun kenal dengan kawan pasangan korang tu kan..kalau cemburu pun mungkin ada la sikit..


layanan yang berlebihan
macam sama je kat atas..ni dalam kategori cemburu jugak ni..hehe~layanan yang aku maksudkan ni antara pasangan korang dengan kawan dia la..kadang-kadang kite tahu dan kenal dengan kawan dia..tapi cara layanan mungkin tak menyenangkan.contohnya..biasa la kan kalau kawan-kawan yang dah terlalu rapat bersayang-sayang..then korang nampak sayang-sayang tu timbul rase cemburu..kalau korang tak kenal kawan baik pasangan korang konpem akan berlaku perang besar di antara korang..haa...taktau..taktau....
http://www.smileycodes.info


aku selalu check handphone kau
perempuan khususnya check handphone pasangan tu adalah perkara biasa..kononnya nak pastikan si balak tak main kayu tiga, empat, sepuluh, duabelas mahupun seratus..pastu kantoi pulak si balak mesej dengan pompuan padahal bukan mesej apa pun..hanya mesej-mesej biasa..tapi sebabkan penghantar mesej tu adalah seorang pompuan si awek dah mulakan perang...adoyai!ni kes cemburu yang terlampau ni..setakat mesej-mesej biasa pun nak perang-perang..tak payah la nak check handphone si dia..kalau si dia betul-betul sayangkan korang takde maknanya si dia nak curang belakang korang..

cemburu tu perkara biasa dalam hubungan..orang kata cemburu tu tanda kite sayang pasangan kite..kalau tak cemburu maksudnye tak sayang la eh..hehe~tapi bukan bermakna kita tak boleh nak atasi sikap ni..dan bukan bermakna kita boleh sekat kebebasan pasangan kita..kalau rasa dah tak boleh nak tahan sangat kawen je la..kan lebih bagus..dapat mengelakkan maksiat..

p/s mungkin ni je yang terkeluar sebab aku yang sememangnya selalu putus idea..huhu~biasa la, rujuk semula tajuk blog yang anda masuk ni ok..tajuk blog melambangkan content blog itu sendiri..hehe~antara sebab tajuk blog aku camtu..korang kalau rasa idea aku kali ni tak cukup boleh le tambah-tambah..betul tak encik kawan baik..haha~sekali lagi nama kau yang naik..
http://www.smileycodes.info
larikk!








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

perempuan mata beso ni cantik benornye..

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.