takde ni bukan cerita namanya


kali ni aku nak buat entri pasal rules yang perlu ada dalam filem terutamanya filem aksi..hehe..mentang-mentang baru lepas tengok cerita robin hood..

rules 1:
orang yang paling jahat akan mati yang terakhir.
walau dahsyat macam mana pun si hero belasah si jahat atau dipanah, orang jahat takkan mati.kalau panah or peluru kena pun mesti sipi-sipi saja.sebab kejahatannya kalau takde sampai ke penghujung cerita bukanlah cerita namanya.tak pernah pulak kita tengok cerita yang baru nak mula tiba-tiba dah boleh diisytihar happily ever after..erm..memang takkan berlaku.

rules 2:
sila tinggalkan pesanan sebelum mati ok.
yang ni biasa sangat kita tengok kat mana-mana cerita pun.sebelum mati mesti sampaikan wasiat dulu.walau dah berjam-jam lamanya mereka menderita kesakitan dek pedang yang tertusuk di tubuh mereka, selagi tak sampaikan wasiat kat mana-mana orang yang lalu di situ tak boleh mati dulu ok!lepas wasiat selesai disampaikan baru la mereka boleh mati dengan aman kononnya. 

rules 3:
ingatkah dikau.
ok, scene imbas kembali mesti ada kat mana-mana cerita pun.masa tu la baru nak teringat asal usul kau walaupun sebelum ni tak pernah nak fikir or ingat langsung kau dari mana..haish~masa tu la nak kaitkan dengan wasiat yang kononnya baru diterima oleh si mati kat atas ni..huhu~

rules 4:
hero mesti mati last sekali.
tu pun kalau dalam cerita tu ada scene yang mana hero tu mati.yang pasti kalau hero tu mati mesti yang bunuh encik hero tu merupakan orang yang tengah nazak nak mati jugak.ataupun seorang yang nak balas dendam atas kematian yang dilakukan oleh hero tu sendiri.rileks la beb hero tak sengaja nak bunuh orang tu.bukan dia tahu pun orang yang dia bunuh tu ada kaitan dengan kau.tapi kalau hero tu tak mati, pengakhiran cerita mesti happily ever after..owh ye, lupa pulak.kalau hero datang lambat di saat-saat genting jangan marah ok.hero tak boleh datang awal,tu dah langgar rules 4 ni sebab kalau diorang datang awal mesti diorang akan mati awal jugak.hihi~
ayarkk!

rules 5:
teruknya dia mati
last sekali kan orang jahat mesti mati atau kalah.kalau mati, orang yang jahat tu la yang akan mati dalam keadaan yang paling tragis.sama ada perut terburai ke, usus terkeluar ke, kepala hancur ke..maaf la, terpengaruh dengan cerita histeria tadi.hihi..atau pun orang jahat tu dibunuh dengan orang yang kita tak sangka-sangka boleh bunuh manusia sehodoh itu..orang jahat mesti muka ala-ala ganas gitu..mungkin peminta sedekah di tepi jalan yang tak sengaja bunuh si jahat itu.huhu..tapi kalau si jahat itu hidup, si jahat mesti akan jadi pelarian dan merancang untuk membalas dendam.di situ la wujudnya filem kedua bagi tajuk yang sama.haish~


p/s aku nak tengok nightmare on elm street tapi kena marah dengan kakak kaunter sebab kami beli tiket untuk cerita yang dah 10minit start..erm..tak boleh ke?


Ulasan

Aishah Malik berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
tehr berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Zazachan berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
hans berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Matt berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Zazachan berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Shafa berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Zazachan berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Zazachan berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

perempuan mata beso ni cantik benornye..

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.