berkayak bersama encik kambing dan encik lembu...

aduh!
badan aku sakit..
aduh!bahu aku lenguh..
aduh!
jari aku kejang..
aduh!
satu badan dah sakit ni...
sok nak pegi kelas ke taknak ek??
huhu~
nak aje aku pegi amek mc kat klinik tampin..

tiga hari aku berjemur kat tengah panas..
dua hari aku berkayak dari sungai chin chin ke sungai kesang dan ber-camping kat kat tempat yang takde punca air bersih langsung.
yang ada air sungai yang penuh dengan lumpuh..
kalau nak basuh ape-ape confirm bertambah kotor dan hitam.
nasib baik tido satu malam je.
then esoknya berkayak semula patah balik kat loji air sungai chin chin.
berkayak melawan arus..
dah semestinya berat dan asyik kena tiup angin je..
huhu~

dan kitorang la selalu jadi orang terakhir sampai semasa rafting..
agak sedih di situ.
tapi takpe, aku mengaku aku baru lagi dalam bidang ni..
stamina pun tak kuat mane..
nak-nak badan aku yang kurus ni senang ditiup angin lalu..
cuma setakat ni belum pernah melayang je la..
huhu~

dari kursus kayak ni la aku rase nikmatnye anugerah yang Allah dah bagi kat aku..
kalau nak pegi mane-mane boleh naik kereta..
tak payah nak berkayak dari sungai ke sungai..
ada air bersih suci, guna.
amek wuduk, tak payah lagi nak gune air sungai yang penuh dengan lumpuh..
tu tak cakap lagi dengan ular yang duk lalu lalang depan kitorang, lintah yang asyik melekat kat kayak or sape-sape punye badan untuk menghisap darah..
solat kat tempat yang bersih..
tak payah lagi nak solat kat tempat-tempat yang penuh dengan najis-najis haiwan..
(tahi lembu dah macam meteor je aku tengok..huhu~)
boleh mandi tiap-tiap hari..
(tiga ari aku tak mandi..setakat mandi air tasik dan air sungai tu ade la...)

ape-ape pun aku rase pengalaman kursus berkayak aku ni sangat best..
sekurang-kurangnye aku mengalami sesuatu yang sukar dahulu sebelum merasai keseronokan..
bak kata jurulatih kami, tiada keperitan, tiada kesusahan, tiada keseronokan...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

perempuan mata beso ni cantik benornye..

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.