pengawas ke??

classmates aku semasa di tingkatan 5 (hari bertukar-tukar hadiah)



pengawas merupakan jawatan yang paling berat pernah aku sandang.
terutamanya di sekolah perempuan..
ramai orang kata sekolah perempuan senang nak handle..
perempuan semua mesti aman je sekolah..
sebab pelajar perempuan baik-baik semuanya..
lebih-lebih lagi sekolah agama..


bagi aku sama je..
apa yang membezakan hanyalah title sekolah agama tu je..
popular camne pun sekolah dengan akademik terbaik, sahsiah terbaik dalam negeri melaka, masalah disiplin tetap ada..


sepanjang aku bersekolah di sekolah agama perempuan selama 2 tahun (aku berpindah ke sana sejak tingkatan 4) lebih kurang 3 kali spot-check telah dibuat dalam seminggu..
kelas sasaran adalah kelas aku sendiri..
memang tak dinafikan classmate aku bermasalah..
terutamanya pelajar asrama..
tak turun prep perkara biasa..
tak turun surau semasa solat maghrib..
bawa barang larangan..
even pengawas kelas aku pun pernah bawa telefon bimbit ke sekolah..


aku sendiri pun pernah cover classmate aku dari disyaki oleh guru disiplin..
niat nak tolong kawan..
kebetulan ketika aku di tingkatan 4 aku berulang alik ke sekolah..
aku pernah membawa balik telefon bimbit kawanku yang tinggal di asrama bagi menyelamatkannya daripada dirampas oleh warden..


tapi ketika aku di tingkatan 5, aku mula menjadi pengawas yang berdisiplin semenjak aku dilantik menjadi penolong ketua biro disiplin sekolah ( dah takde pengawas lain yang sanggup da..)
lagipun masa tu aku tinggal di hostel jadi, sape-sape yang tak insaf lagi tu sorry la kalo nak mintak tolong aku..


alhamdulillah...
diorang berubah jugak..
nak spm punya pasal..
takut tak dapat berkat cikgu katanya...


tapi sekarang..
selepas keluar dari sekolah tu, hubungan pelajar yang bermasalah dengan guru disiplin jadi rapat..
mungkin ada hikmahnya kena kejar dengan cikgu disiplin tiap-tiap hari...


terus bersemangat!!

Ulasan

jijie berkata…
susah nk handle..nk2 bdk mcm Q tu ke??hihi
Tanpa Nama berkata…
simpan hp tu skrg!!!!hehehe
Zazachan berkata…
jijie : tu la antara budak paling bermasalah kat skolah tu..

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

perempuan mata beso ni cantik benornye..