kejadian satu malam...

hikari.. geng battle of the nature matrik perak...
(pakcik bomba1, chacha, aku, farah, miza, pakcik bomba2)


hikari.. member aku kat matrik perak...
bermacam-macam kenangan yang kami hadapi bersama sepanjang berada di matrik perak...
antaranye...


ni yang aku nak cite...


satu malam...tak silap aku mase tu malam sabtu...
dah confirm2 esoknye aku takde kelas...
so kami yang di atas tak termasuk chacha merancang untuk menonton movie bersama..
dan movie pilihan kami ketika itu tak silap aku movie jepun..
sebelum menonton movie kami berbual mengenai pintu bilik miza yang cantik
seperti pintu rumah
aku berkata

"farah,kalau ko nak pintu macam miza ko pecahkanlah pintu ni"
"mesti tak ada orang yang main ketuk pintu ko nanti.ko tidur pun sejuk aje nampak je orang lalu.even kucing pun mesti tak sanggup nak masuk bilik ko"

miza tergelak mendengar kata-kataku begitu juga farah


lebih kurang pukul 10 malam kami memulakan projek yang telah kami rancang..
tetapi baru 30 minit kami mula menonton, tiba-tiba laptop farah terpadam disebabkan kehabisan bateri..


perbualan kami...
"ala.. lupa nak cas la tadi.." farah berkata.
"takpe la aku nak gie makan burger yang rumet aku beli jap" aku membalas lalu menuju ke arah pintu bilik farah. tanganku memutar-mutar tombol pintu bilik tersebut.dengan bersungguh-sungguh aku memutar tombol tersebut tapi masih tidak dapat dibuka.
dengan muka yang cemas aku memandang farah, lalu berkata
"alamak, farah.pintu ko tak boleh buka la"
miza memandang lalu menuju ke arahku.dia pula cuba untuk membuka pintu tersebut tapi masih tidak berjaya.
"farah,tak boleh la" miza berkata.
"korang ni tak pandai nak buka pintu bilik aku la nak tuan dia gak yang buka"jawab farah.
dengan muka yang agak berlagak farah pun memulas tombol pintu biliknya.
tiba-tiba muka farah bertukar menjadi pucat.
tangannya pula memulas-mulas tombol pintu dengan laju sambil menjerit

"hoi, orang kat luar tolong!!!!"

aku, miza dan farah mengetuk-ngetuk pintu tersebut sambil menjerit
"tolong!!"
roommate farah, ming tze juga kelihatan begitu cuak.


tiba-tiba kami terdengar seseorang yang mengaku dirinya ketua aras menyuruh kami bertenang
"korang, rileks. sekarang bagi kunci bilik saya cuba buka dari luar"
farah terus memberikan kunci biliknya melalui lubang di bawah pintu.
setelah mencuba,ketua aras kami berkata
"saya pergi panggil felo jap.korang jangan pecahkan pintu tau"
tiba-tiba sahaja miza berkata
"macam mana dia tahu kita nak pecahkan pintu?"


sedang kami menunggu kehadiran felo
aku dan miza terpandang akan wajah farah yang cuak
lalu berkata
"farah, ko panik ke?berpeluh je aku tengok ko"
"eh, ni bukan peluh panik lah ni peluh panas aje"
walaupun aku dan miza tahu farah sedang menipu
kami hanya mampu tersenyum.


tiba-tiba kami terdengar suara jiran-jiran farah
berkumpul di depan pintu bilik farah
lalu berkata
"eh, korang kenapa?"
miza menjawab
"pintu rosak..pintu rosak tak boleh buka"
tapi jiran farah tersebut tidak mempercayainya
kerana terdengar kami asyik ketawa
"tak macam risau pun"


tatkala menanti felo yang masih tidak kelihatan
kami terdengar suara chacha bertanya apa yang sedang berlaku
aku,miza dan farah terus menjerit
"chacha! ketua aras tak bagi pecahkan pintu"
chacha pula menjawab
"tak ada pun ketua aras"
kami terdiam seketika


tiba-tiba chacha memberi arahan supaya kami menjauhi pintu
kami mula berganjak dari mendekati pintu

BANGG!!!

pintu bilik farah di tendang oleh dua kaki sehinggalah tombol pintu itu pecah
maka terselamatlah kami dari terkurung di dalam bilik itu


miza mula berlari ke tandas
ketika itu barulah felo menunjukkan diri
"eh, awak dah pecahkan?"
kami hanya mampu mengangguk dan tersenyum
felo berkata lagi
"em,tak apalah esok laporkan kerosakkan pintu di bilik penyelia ye."


pada malam itu farah dan roommatenya terpaksa tidur dengan pintu yang tidak berkunci.

hikari ketika menyertai explorace
berdiri: farah,miza,aku
duduk:chacha,adia


p/s jangan celupar nanti kena padan muka


Ulasan

jijie berkata…
anda telah ditagged...sile ke blog saya..lalala
Kalam Hitam berkata…
hee!
agaknya ketua aras tu memang 'dengar' kot plan korg nk pecahkan pintu...
hehe! :P
Adlina berkata…
waa..
korg btol2 pecahkn ke?
cha2 pcahkn sorg?
kaki transformer ke hape die tu?
haha...
Zazachan berkata…
adlina:dua org yg pecahkan..sorg lg jiran si fara..kenangan kot...huhu~

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

perempuan mata beso ni cantik benornye..

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.