Catatan

COVID-19 di Malaysia

Imej
Mungkin aku agak ketinggalan kalau baru nak cerita mengenai COVID-19 yang sedang menular di seluruh dunia. Ihsan google Buat masa ni Malaysia masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula dari 4 Mei 2020. Sebelum ni Malaysia start Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac yang lalu. Walaupun PKPB, SOP seperti social distancing, penjagaan kebersihan dan pemakaian facemask masih perlu dipatuhi. Ihsan google Nak bercerita panjang pasal COVID-19 mungkin aku bukanlah pakar. Kita serahkan saja pada yang lebih pakar. Boleh tengok update penularan COVID-19 di website Outbreak.my . Aku harap Malaysia dapat melawan virus ini dengan jayanya. Terima kasih kepada frontliners! #stayathome #staysafe Ihsan google

Me & Baby

Salam 'alaik.. Rasa macam tak percaya, macam baru je semalam kawen hari ni dah ada baby depan mata? Ohmaiii... betul ke ni? I am now.. A MOM! Like seriously tak pernah terfikir macam mana ada anak sendiri. Uruskan anak sendiri, main dengan anak sendiri. But now, semua tu aku buat sendiri without any helps from my mum. Tak sangka pandai jugak aku uruskan anak. Hehe Menunggu kelahiran... Masuk kandungan aku 37 minggu aku still bekerja, masuk office yang berada jauh di Shah Alam dan aku menetap di Kajang. Tapi nasib baik minggu tu husband aku bercuti. Nak habiskan annual leave katanya. Hari Rabu, 28 Dec, aku masih lagi pergi meeting dengan client dan macam minggu minggu sebelumnya Rabu dah disetkan khas untuk 1 client ni. Since client ni ada collaboration dengan other company untuk produk dia jadi kami setkan khas Rabu sebagai hari appointment kami dengan mereka. Masa ni aku dah start duduk tak senang dah. Bos aku kat depan tengah bagi training pasal Risk Management, a...

Baby & Meow..

Imej
Salam'alaik.. Lain rasanye bila bergelar bakal ibu ni. Rasa excited tak lama lagi jadi ibu, happy bila rasa ada benda bergerak-gerak dalam perut, takut bila fikirkan bagaimana lah agaknya bila nak bersalin nanti. Bila fikir nak bersalin, terfikir pulak barang-barang yang kena sediakan untuk bersalin. Sejak disahkan hamil, aku kerap tengok post di facebook sama ada di group Kelab Ibu Mengandung Malaysia ataupun page Info Ibu Hamil. Kat situ memang banyak info dan pengalaman yang ibu-ibu dan bakal ibu kongsikan. Seronok baca pengalaman diorang, ngeri pun ada terutama yang bercerita mengenai saat-saat nak bersalin tu. Disebabkan jarak tempat kerja dan rumah aku sangatlah jauh, ambil masa sejam drive kalau ulang alik dari rumah ke office. Aku decide tinggal di rumah makcik aku weekdays memandangkan rumah makcik aku dekat dengan office. Lama jugak dah duduk ulang alik dari rumah makcik ni, sejak kandungan aku 4 bulan lagi. Dekat ok sikit takde lah stress dengan jalan jem ...

Blairwitch

Imej
Lama dah tak guna perkataan "Blairwitch" kat orang lain. Kalau dulu mungkin sebab aku kecik lagi. Sesuka hati limpa dan jantung je lah tujukan kat sesapa yang aku tak suka. Then bila umur dah meningkat ni macam tak matang pulak nak buat macam tu. Walau tak suka orang macam mana pun, biarlah hati mencarut-carut kat orang yang aku tak suka tu tapi tak sampai hati pulak nak jerit kuat-kuat carut-carut depan muka orang tu. Sebab nampak sangat kebudak-budakan. Sebab nampak sangat aku lemah, itu je mampu kan... Tapi bukan bermaksud aku boleh dipijak.. Dihina.. Dicaci.. Dikutuk sesuka hati.. Bila tak betul mestilah kena tegur. Dan ada caranya.. Hurm.. Blairwitch. Aku rasa aku dah jumpa orang yang paling sesuai untuk dipanggil begitu. Sebijik macam watak jahat dalam drama kat astro setiap pukul 9 malam sampai 10 malam tu.. Semoga orang tu berubah dan menyesali penganiayaan yang dia dah buat kat orang lain.. Amin.. Sakit sorang-sorang, tapi takdelah psiko sanga...

Cuti yang lama.

Imej
Setelah meneliti jumlah post yang aku draft kan, seriously??!! Banyaknya! Takde keyakinan diri ke banyak sangat entri blog kau kat kotak draft? Takde keyakinan diri atau rasa diri ini sudah tidak lagi pandai berkata-kata. Eh? Bila masa pulak aku pandai berkata-kata? Tidak lagi pandai mengarang? Nope nope. Tidak lagi.... Pandai mengarut barangkali. Heh. Well, terlalu lama blog ditinggalkan dan aku pastinya tidak mahu explain kenapa bagaimana di mana siapa dan bila mengenai blog ini ditinggalkan. Anyway, nak ucapkan... (ihsan Mr. Google) Rasa tenang sikit dapat cuti yang agak panjang. 6 hari sekaligus. 2 hari public holiday CNY, 2 hari sebab weekend dan lagi 2 hari dapat cuti free... Untuk orang yang malas nak ambik cuti macam aku, ini adalah satu nikmat! Takde susah-susah nak mintak cuti tolak annual leave. (Ihsan Mr. Google) Serious, aku memang susah nak cuti. Kalau medical leave pun aku teragak-agak nak ambik. Boleh pikir bali...

Itu Ini.. Mana Satu Ni?

Salam 'alaik.. Sesak nafas minggu ni kena menghadap kerja yang bertimbun timbun kat office tu. Masuk office meja yang paling semak, meja aku letteeww.. Takde 5S langsung! Hari tu beriye dengan 5S tapi kali ni meja aku lah yang paling semak. Tak sempat... Kalau dengar encik coordinator 5S mesti ada yang kena bebel ni. 5S tu adalah blablablablablablabla..... Sepatutnya kite kena blablablablablabla... Maaflah saya tahu apa itu 5S, tapi saya sekarang tengah serabut dengan semua kerja yang nak urgent. Huh! Kalau boleh urgent dia tu baru bagi pagi tengahari tu dah kena siap. Macam kita takde kerja lain lah selain nak menghadap kerja dia sorang aje. Menyampah pulak ai! Yang sana taknak membantu tahu nak bagi je, bila ada masalah semua tunding jari kat orang lain. Dok blame orang yang taktahu apa-apa. Boleh dikatakan blame kat orang yang tak terlibat jugak la. Masing-masing nak lepaskan diri. Bila jadi isu besar mulalah nak gelabah, pada awal taknak pulak fikir pro & cons...

"Kau Ingat Kerja Datang Bergolek?!"

Salam'alaik.. Hai pembaca setia mahupun yang terbaca belog milikku ini. *bajet blogger hot nak ada pembaca setia. Hehe. Setelah sekian lama menyepi kini kembali dengan topik yang masih tak menarik. Well, untuk penganggur yang sudah menganggur hampir setahun sepertiku memang takde kerja lain hari-hari duduk depan laptop scroll jawatan kosong yang ada kat jobstreet, paling tidak pun google apa saje nama company yang terlintas di kepala dan direct terus cari career part dalam website company tu. Tak sanggup dah goyang kaki duduk rumah macam ni. Tak produktif langsung. Disebabkan training yang aku join dua bulan lepas hampir tamat so sekarang boleh dikatakan yang aku sedang sibuk dengan kerja-kerja pencarian masa depan aku ni. Tahun depan dah plan nak kawen tapi sampai sekarang takde kerja lagi. Apa kau pikir kawen tu hanya bermodalkan gigi dan lidah je ke?! Cari sana tak jumpa cari sini tak jumpa. Macam cari lost and found pulak kan. Harap sangat training yang aku duk join n...