Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2012

Antara Dugaan dan Kejayaan.

Imej
Salam 'alaik.. Lama sudah diri ini tidak menaip ayat-ayat merapu lagi mengarut kat sini. Malas nak cakap busy, takde masa, banyak kerja dan sebagainya sebab bagi aku itu semua adalah alasan yang sangat biasa dan cliche ditulis oleh blogger-blogger yang suka sangat meninggalkan blog mereka sehingga bersawang dan bersarang ditambah pula dengan labah-labah yang berkeliaran di sekitar blog. Blog aku takdelah bersawang mana, hanya lama ditinggalkan dan tiada pembaca yang datang. Itu saja. Orang kata kalau dah malas nak update tu terus terang je lah, tak payah nak bagi 1001 alasan. *panjang pulak muqaddimah aku* Entah bagaimana hati ini tergerak untuk menaip semula walaupun sebenarnya masih banyak dan berderet kerja yang harus aku siapkan. Test untuk minggu ni tak payah cakap, boleh dikatakan macam final dah aku rasa. Biasalah minggu depan aku dah cuti mid sem tu yang berganda-ganda kerja nak kena hantar. "Jangan bicara tentang kejayaan jika diri tidak mahu berkorban. Dugaan...

Mr. Blacky

Sekarang tak perlu risau ditinggalkan oleh kawan, tak payah risau kawan tak balik rumah. Kelas kalau tak sama dengan kawan pun takpe, dan takdelah nak kena bangun awal pagi pergi Micet walaupun kelas pertama mula lagi 5 jam.  Dalam diam-diam dah bayangkan, mesti senang nak bergerak terutamanya bila experiment untuk FYP dah mula. Mestilah tak tentu jadualnya nanti, tiba-tiba aje kena jumpa supervisor. Nak check sample pun takdelah nak menyusahkan orang tolong hantarkan lagi.  Alhamdulillah... Walaupun beban semester ni semakin bertambah dengan subjek-subjeknya tapi masih ada yang menyenangkan. Terima kasih abang untuk Mr. Blacky Mekdi!