Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

Aku, Ramadhan dan Syawal..

Imej
Salam 'alaik..  Salam Ramadhan dan selamat menyambut syawal yang bakal menjelma tak lama lagi. Oh, lama sangat aku tinggalkan belog tak berupdate, dari awal puasa sampai ke penghujung ni baru nak update. Di mana hilangnya semangat menghapdet belog yang dulunya paling kurang sehari sekali, kadang-kadang sehari sampai lima entri aku buat. Di mana perginya kerajinan itu? 'kalau setakat rajin update blog, benda lain nak buat malas baik tak payah,' Bulan Ramadhan, kalau boleh hari-hari nak berbuka puasa kat rumah mak. Malas nak masak, lebih kuranglah. Ish..ish.. Apa nak jadilah anak dara pemalas ni? Tahu dah tu yang korang nak cakap, takpe aku tolong cakapkan apa yang tak terluah tu. hehe. Bukan malas, lepas kelas terus pergi makmal bio menyambung apa yang tak siap lagi. Memanglah tak pergi hari-hari sebab kelas aku kadang-kadang ada jugak yang petang walaupun semester ni satu hari aku ada satu kelas je. Lagipun aku tak rajinlah nak pergi bazar Ramadhan membaz...