pinky promise pada diri sendiri.hurm..macam mana la tu..

day 26 : the last person you made a pinky promise to






hurm..there's no one la..huhu..aku tak mengamalkan pun pinky promise yang disebut-sebutkan ni.kalau setakat promise biasa-biasa tu ada la.dan orang yang terakhir aku berjanji pun adalah pada diri aku sendiri. tu dikira jugak ke?huhu..takpe, kira jugak la ye..

biasa la kalau dah dapat result exam sem lepas mesti ada yang aku berjanji pada diri aku. 

aku nak belajar lebih kuat lagi untuk sem depan.kalau boleh dapat dekan..yosh!aku mesti strunggle!


lebih kurang la. nak dapat dekan straight tu tak boleh blah.hehe.tapi bukan mustahil kan.kena kerja kuat je tu aku kena buat mulai sekarang.dah takde masa nak main-main lagi. course yang aku amek pun bukan main-main. silap langkah boleh kecundang. seriously, macam yang terjadi kat kawan aku. sedih aku bila dapat tahu dia nak keluar dari micet. tapi nak buat macam mana dah pilihan dia..

aku nak habiskan apa yang aku mulakan dulu. sebab aku tahu pilihan aku adalah tepat memilih course ni untuk sambung degree walaupun bukan kat universiti yang terkemuka aku tahu aku boleh. biarla orang nak kata apapun tentang aku. biarlah orang nak berlagak kat aku dia amek course sekian-sekian kat universiti yang tak asing lagi di malaysia mahupun dunia.fuh!hyperbola..yang penting aku bahagia dengan pilihan aku..

aku tak perlukan sape-sape untuk bagi semangat kat aku.yela, kalau kata-kata kononnya semangat kat aku lebih kepada kata-kata berlagak dan menyakitkan hati mahupun membanding-bandingkan aku dengan orang tu orang ni atau diri sendiri, baik tak payah. aku tak perlukan semua tu. kalau bandingkan mereka-mereka yang amek course macam aku atau di universiti yang sama mungkin aku boleh terima tapi kalau tak tu...hurm..biar aku jelaskan..course kita berbeza, environment dan budaya student di setiap universiti juga mungkin berbeza.jadi banyak faktor yang membuatkan kita tak sama dan sememangnya tak harus dibandingkan.sekian terima kasih..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

Gemuk Atau Kurus, Mana Yang Jadi Pilihan?