tolonglaaaa....

"saya sangat bahagia dan bersyukur saya tak dapat skor sem lepas,"

kadang-kadang aku jeles jugak dengan budak-budak yang kp sem lepas sebab sem ni diorang tak banyak kelas sangat berbanding yang tak kp..
sekurang-kurangnye ada la jugak masa nak study..sebab sepanjang sem ni aku rase masa aku hanya dihabiskan untuk buat leb report!aku belum lagi dapat study betul-betul walaupun untuk test..
tapi diorang takde la tak busy langsung..apa yang nampak diorang lagi busy dari kitorang!
cuma ada la kot segelintir yang masih lagi tak sedar..seperti ayat yang aku nyatakan di atas..
bersyukur dan berusaha untuk membaiki takpe la..tapi bukan bersyukur dan buat keadaan lebih teruk lagi!
ok, kalau tak babitkan orang mugkin ok kot..

"arini nak hantar report kan..saya nak result lab sekarang boleh tak?"

hari tu nak hantar, hari tu baru nak buat?

"takpe-takpe..nanti saya buat..jangan risau,"

macam mana tak risau tu?padahal markah akan sama..kalau report buat main-main, main-main la carry mark aku..ni tak..nak mintak tolong tengok result lab pun seminggu baru pegi..padahal kelas takde la se-busy kami..

"arini ada lab?saya tak tahu la.."

macam mana boleh tak tahu?bukan ke lab memang ada setiap minggu?minggu lepas boleh pulak datang..

"saya takde kumpulan tapi saya taknak masuk kumpulan diorang,"

so, kau nak masuk kumpulan mana?nak buat sorang-sorang ke?bukan ni keje kumpulan ke?

"saya sedih sebab takde orang pedulikan saya,"

sape yang tak peduli sape?macam mana orang nak peduli kau kalau kau taknak approach orang?takkan nak tunggu orang datang kat kau dan kata,

"jom masuk kumpulan kitorang..kitorang nak sangat kau jadi member kumpulan kitorang..kau kan rajin buat keje,"

kalau la betul dengan apa yang diungkapkan mungkin agak ramai yang nak amek kau masuk kumpulan diorang..
dan bile dah takde kumpulan dan hari presentation datang..lecturer pelik kau sorang je yang takde kumpulan dan tak buat presentation..

"kenapa awak tak masuk mana-mana kumpulan?takde orang ajak ke?"

dan kau dengan selamba menjawab..

"saya tak tahu kena buat presentation,"

yelaaa tak tahu..padahal dah seminggu dah bagi keje tu..dan minggu sebelum tu bukannye kau tak datang kelas..macam mana la nak tahu apa yang berlaku kat kelas kalau kau datang kelas hanya untuk tunjuk muka..huhu..
kadang-kadang aku rase sangat kesian kat kau tapi kadang-kadang aku pikir buat apa aku nak kesian kat kau kalau kau sendiri tanak ubah diri kau..
dan sampai bila-bila kau takkan berubah kalau kau sendiri tak penah nak sedar apa yang kau buat..kalau setiap benda yang kau buat tu tak menyusahkan orang takpe la jugak sebab aku tahu kau memang berada di dunia kau sendiri..
dan bila ada yang tegur kau buat tak tahu macam kau tak bersalah..mungkin kitorang yang terlalu emo dan ceramah kau masa tu..tapi takkan la masih tak sedar lagi?
takpe la..mungkin itu la cara kau..aku harap sangat kau bahagia dengan dunia kau sendiri..dan terima kasih sebab buat aku sedar betapa pentingnya markah lab report!

selamat berpuasa..


Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

perempuan mata beso ni cantik benornye..

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.