Catatan

Cuti yang lama.

Imej
Setelah meneliti jumlah post yang aku draft kan, seriously??!! Banyaknya! Takde keyakinan diri ke banyak sangat entri blog kau kat kotak draft? Takde keyakinan diri atau rasa diri ini sudah tidak lagi pandai berkata-kata. Eh? Bila masa pulak aku pandai berkata-kata? Tidak lagi pandai mengarang? Nope nope. Tidak lagi.... Pandai mengarut barangkali. Heh. Well, terlalu lama blog ditinggalkan dan aku pastinya tidak mahu explain kenapa bagaimana di mana siapa dan bila mengenai blog ini ditinggalkan. Anyway, nak ucapkan... (ihsan Mr. Google) Rasa tenang sikit dapat cuti yang agak panjang. 6 hari sekaligus. 2 hari public holiday CNY, 2 hari sebab weekend dan lagi 2 hari dapat cuti free... Untuk orang yang malas nak ambik cuti macam aku, ini adalah satu nikmat! Takde susah-susah nak mintak cuti tolak annual leave. (Ihsan Mr. Google) Serious, aku memang susah nak cuti. Kalau medical leave pun aku teragak-agak nak ambik. Boleh pikir bali...

Itu Ini.. Mana Satu Ni?

Salam 'alaik.. Sesak nafas minggu ni kena menghadap kerja yang bertimbun timbun kat office tu. Masuk office meja yang paling semak, meja aku letteeww.. Takde 5S langsung! Hari tu beriye dengan 5S tapi kali ni meja aku lah yang paling semak. Tak sempat... Kalau dengar encik coordinator 5S mesti ada yang kena bebel ni. 5S tu adalah blablablablablablabla..... Sepatutnya kite kena blablablablablabla... Maaflah saya tahu apa itu 5S, tapi saya sekarang tengah serabut dengan semua kerja yang nak urgent. Huh! Kalau boleh urgent dia tu baru bagi pagi tengahari tu dah kena siap. Macam kita takde kerja lain lah selain nak menghadap kerja dia sorang aje. Menyampah pulak ai! Yang sana taknak membantu tahu nak bagi je, bila ada masalah semua tunding jari kat orang lain. Dok blame orang yang taktahu apa-apa. Boleh dikatakan blame kat orang yang tak terlibat jugak la. Masing-masing nak lepaskan diri. Bila jadi isu besar mulalah nak gelabah, pada awal taknak pulak fikir pro & cons...

"Kau Ingat Kerja Datang Bergolek?!"

Salam'alaik.. Hai pembaca setia mahupun yang terbaca belog milikku ini. *bajet blogger hot nak ada pembaca setia. Hehe. Setelah sekian lama menyepi kini kembali dengan topik yang masih tak menarik. Well, untuk penganggur yang sudah menganggur hampir setahun sepertiku memang takde kerja lain hari-hari duduk depan laptop scroll jawatan kosong yang ada kat jobstreet, paling tidak pun google apa saje nama company yang terlintas di kepala dan direct terus cari career part dalam website company tu. Tak sanggup dah goyang kaki duduk rumah macam ni. Tak produktif langsung. Disebabkan training yang aku join dua bulan lepas hampir tamat so sekarang boleh dikatakan yang aku sedang sibuk dengan kerja-kerja pencarian masa depan aku ni. Tahun depan dah plan nak kawen tapi sampai sekarang takde kerja lagi. Apa kau pikir kawen tu hanya bermodalkan gigi dan lidah je ke?! Cari sana tak jumpa cari sini tak jumpa. Macam cari lost and found pulak kan. Harap sangat training yang aku duk join n...

Jodoh Oh Jodoh

Imej
"Alhamdulillah, hanya dengan selafaz sahaja dia menjadi suamiku," "Congratulation to my cousin for her engagement!" Ayat-ayat yang diungkap setiap kali aku buka facebook, instagram, blog.. Er. Maybe. Apa nak buat, umur dah meningkat. Makcik, pakcik, mak dan ayah sendiri tak putus-putus dengan soalan cepumas, cepu gangsa, cepu perak. Aduhh, tak ada soalan lain ke? Mungkin angka 24 cukup besar untuk jadi seorang wanita bujang.  Cukup! Cukup! Aku masih menunggu seorang putera yang melamar aku sambil menunggang kuda putih. Amboi.. Ala ala fairy tales lah sangat. Berangan tak habis-habis sebab tu sampai sekarang takde orang masuk meminang agaknya. Jangan nanti yang dikendong tak dapat yang dijinjing berciciran.  Nak buat macam mana, Cik Gransazer jatuh cinta dengan Mr. Raksasa susah jugak tu. Kalau bertemu jodoh aku rasa memang bersepah rumah nak nak bila perang dunia meletus Tapi serius kalau betul-betul bertemu jodoh korang jangan tanya kenapa ada ala ala...

Karutan

Bila dilihat semula blog-blog yang dahulunya sama aktif dan mungkin juga sama tegar dengan aku seperti sudah berhenti menulis. Sama juga dengan aku? Aku masih dalam proses pemulihan untuk mula semula seperti dulu. Lambat sikit untuk pulih sebab buku rujukan yang lama terperap sudah tidak mampu untuk aku fahami. Dulu dan sekarang pastinya berbeza. Buku rujukan yang lama hanya mampu dibuat kenangan atau di letak dalam frame. Sekarang mungkin buku step by step from zero to hero yang aku perlu rujuk. Makin complicated. Susah nak faham. Nak teliti betul-betul kena ambik masa. Banyak ke masa aku nak belajar benda-benda ni semua. Oh, tapi masih ada yang boleh digunapakai syllabus yang lepas. Ok. Tapi bukan semua. Masih perlukan sedikit perubahan untuk setara dengan yang baru. Pening! Berhenti sebentar. Hirup kopi panas. Sambung lagi. *Mengeluh. Perlukan tenaga pengajar yang mampu fahamkan aku. Semestinya pada masa yang sama beliau juga mengerti caraku. Sahabat, tolong...

Customer is not always Right.

Salam 'alaik.. "Hari ni ada cerita apa?" Mesti orang ni tak pernah tengok wayang. "Sekarang ada movie apa?" Tak reti-reti nak tengok CDS? Benda tu bukan hiasan maaaa... Takyah nak susahkan orang bagitau satu-satu lah. Orang yang keje situ pun penat kot. Ting! Ting! *bunyi loceng* "Tak boleh panggil ke? Kenapa nak kena bunyikan loceng jugak? Saya orang islam, kan boleh panggil," Owh yeke orang islam? Maaf. Anyway, cantik tattoo kat lengan abang. Gambar naga lagi.. "Takde bunyi loceng pun, penat saya tunggu," Akak orang first yang suka dengar loceng kat sini. Orang lain semua kata loceng ni bising. Ragam customer yang kadang-kadang menguji kesabaran dalam keadaan penat kerja dari pagi sampai ke petang. Kalau semua customer camni boleh mati orang yang kerja situ, walaupun memang sebahagian besar berperangai macam tu. Yang muka nak berlagak, dan marah-marah staff walaupun memang salah sendiri tu lain pulak c...

Perempuan Memang Mata Duitan

Imej
Perempuan sememangnya dilahirkan mata duitan dan gilakan kebendaan. So susah nak cari perempuan kaya yang sanggup nak jadi lelaki miskin sebagai suami atau pasangannya. Untuk pengetahuan semua di atas ini adalah komen seorang blogger yang telah aku selongkar dari entri-entri blog aku yang lepas. Dan komen yang diambil ini dari entri cinta yang aku pernah publish sebelum ni. Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana. Tapi bukan isi dan entri yang sama yang ingin aku huraikan di sini. Aku tertarik untuk update mengenai perempuan yang dikatakan mata duitan dan gila kebendaan yang pengkomen di atas ni sebut-sebutkan. Bagi aku tak semua perempuan boleh dikatakn mata duitan dan gila kebendaan. Kalau benar semua perempuan begitu takkan ada lelaki yang berpendapatan rendah berkahwin. Kata perempuan mata duitan takkanlah lelaki yang berependapatan rendah sanggup nak kahwin dengan perempuan  macam tu. Kalau betul semua perempuan mata duitan mesti dari awal lagi mer...