Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel luahan perasaan

Me & Baby

Salam 'alaik.. Rasa macam tak percaya, macam baru je semalam kawen hari ni dah ada baby depan mata? Ohmaiii... betul ke ni? I am now.. A MOM! Like seriously tak pernah terfikir macam mana ada anak sendiri. Uruskan anak sendiri, main dengan anak sendiri. But now, semua tu aku buat sendiri without any helps from my mum. Tak sangka pandai jugak aku uruskan anak. Hehe Menunggu kelahiran... Masuk kandungan aku 37 minggu aku still bekerja, masuk office yang berada jauh di Shah Alam dan aku menetap di Kajang. Tapi nasib baik minggu tu husband aku bercuti. Nak habiskan annual leave katanya. Hari Rabu, 28 Dec, aku masih lagi pergi meeting dengan client dan macam minggu minggu sebelumnya Rabu dah disetkan khas untuk 1 client ni. Since client ni ada collaboration dengan other company untuk produk dia jadi kami setkan khas Rabu sebagai hari appointment kami dengan mereka. Masa ni aku dah start duduk tak senang dah. Bos aku kat depan tengah bagi training pasal Risk Management, a...

Itu Ini.. Mana Satu Ni?

Salam 'alaik.. Sesak nafas minggu ni kena menghadap kerja yang bertimbun timbun kat office tu. Masuk office meja yang paling semak, meja aku letteeww.. Takde 5S langsung! Hari tu beriye dengan 5S tapi kali ni meja aku lah yang paling semak. Tak sempat... Kalau dengar encik coordinator 5S mesti ada yang kena bebel ni. 5S tu adalah blablablablablablabla..... Sepatutnya kite kena blablablablablabla... Maaflah saya tahu apa itu 5S, tapi saya sekarang tengah serabut dengan semua kerja yang nak urgent. Huh! Kalau boleh urgent dia tu baru bagi pagi tengahari tu dah kena siap. Macam kita takde kerja lain lah selain nak menghadap kerja dia sorang aje. Menyampah pulak ai! Yang sana taknak membantu tahu nak bagi je, bila ada masalah semua tunding jari kat orang lain. Dok blame orang yang taktahu apa-apa. Boleh dikatakan blame kat orang yang tak terlibat jugak la. Masing-masing nak lepaskan diri. Bila jadi isu besar mulalah nak gelabah, pada awal taknak pulak fikir pro & cons...

Customer is not always Right.

Salam 'alaik.. "Hari ni ada cerita apa?" Mesti orang ni tak pernah tengok wayang. "Sekarang ada movie apa?" Tak reti-reti nak tengok CDS? Benda tu bukan hiasan maaaa... Takyah nak susahkan orang bagitau satu-satu lah. Orang yang keje situ pun penat kot. Ting! Ting! *bunyi loceng* "Tak boleh panggil ke? Kenapa nak kena bunyikan loceng jugak? Saya orang islam, kan boleh panggil," Owh yeke orang islam? Maaf. Anyway, cantik tattoo kat lengan abang. Gambar naga lagi.. "Takde bunyi loceng pun, penat saya tunggu," Akak orang first yang suka dengar loceng kat sini. Orang lain semua kata loceng ni bising. Ragam customer yang kadang-kadang menguji kesabaran dalam keadaan penat kerja dari pagi sampai ke petang. Kalau semua customer camni boleh mati orang yang kerja situ, walaupun memang sebahagian besar berperangai macam tu. Yang muka nak berlagak, dan marah-marah staff walaupun memang salah sendiri tu lain pulak c...

Aku Dah Gila?

Imej
Korang pernah tak saspek gila? Aku tak pernah. Tapi baru-baru ni aku terasa macam tu. Ke perasaan aku je? Dalam tengah 'lalala' dengan kawan-kawan (amam, wafa dan aimi) tetiba boleh pulak tersaspek gila. (Macam biasa pakcik gugel) Nak dijadikan cerita, last week ada karnival sihat kat uni yang aku belajar sekarang. Sesungguhnya aku dah lama tak pergi atau involve dengan event macam tu kat Micet. Last aku involve pun masa sem 1 dan 2 sebab masa tu terpaksa involve demi mendapatkan markah dan title lulus kokurikulum kat slip exam  nanti. Tapi entah macam mana aku rajin pulak join kawan-kawan aku hari Rabu minggu lepas.  Enjoy jugaklah ada booth jual tudung bawal, jual baju.. Ada jejaka-jejaka yang sedang main frisbee, perempuan pun ada tapi tak menarik sangat. Eh? Ehem, jual air pastu ada booth setiap course dengan aktiviti diorang. Macam game lah, kuiz, pertandingan memasak siap ada chef dari adabi pastu ada persembahan daripada kelab kebudayaan. Nyanyi sambil main gi...

Langit atau Rumput?

Salam 'alaik.. Yo! Tetiba den terajin pulak nak update blog ni. Biasalah kalau bukan ada benda nak mengutuk orang or ada benda yang tak puas hati dengan orang blog ni takkan berupdate. Entah bila masa pulak aku start balik mengutuk-ngutuk orang kat blog ni kan. Aku ingatkan zaman mengutuk di blog yang macam keanak-anakan tu dah berlalu. Rupanya masih ada lagi dalam diri ini. Sebelum ni pun ada je perasaan nak kutuk orang kaw-kaw kat blog tapi tak kesampaian bila dipikir-pikirkan akibatnya. Habis ni dah tolak ketepi akibatnya ke? Lantaklah, aku nak kutuk bukan orang tu kenal aku. Kalau terasa tu maksudnya korang pun pernah buat benda macam tu kat orang lain lah tu.  Ehem.. Kita manusia ni kalau boleh tak payah nak berlagak sangat kat atas muka bumi ni. Well, dunia ni pinjaman sahaja. Bak kata lecturer innovation aku, 'Dunia ni pinjaman daripada orang yang akan datang. Macam mana kita dapat macam tu lah kita akan tinggalkan nanti,' Paham? Walaupun tak berapa nak...

No More Wayang Free.

Imej
Salam'alaik.. Dan selamat berpuasa. Sudah hampir dua bulan aku kerja dan tak lama lagi aku akan berhenti disebabkan semester akan bermula. Semester terakhir di Micet, insya Allah. Dalam hati memang takde rasa nak berhenti kerja pun. Kalau boleh nak kerja sambil belajar, dapat lah tambah sikit duit bulanan aku kan. Tapi semester yang bakal menjenguk aku tak lama lagi ni sangat penting, penentu masa depan aku kena study lebih gigih untuk semester ni. Kalau dulu, masa jadi sales assistant rasa macam taknak pergi kerja. Kalau dapat cuti rasa bahagia sangatlah, hanya Encik Kawan Baik saje semangat aku nak pergi kerja. Bukan ada apa pun, nama pun Encik Kawan Baik dia je lah teman borak aku time kerja. Walaupun kitorang sempat kenal dua minggu saje. Dua minggu kenal pun dah macam lama. Tapi kat tempat kerja sekarang, sayang nak tinggalkan semua. huhu. Gadis-gadis dan jejaka-jejaka wayang yang selalu berkeliaran di situ tak kisah lah yang curi tulang mahupun yang sedang menjalankan t...

Mencari Mood Yang Entah Ke Mana.

Imej
Salam 'alaik.. Mungkin entri kali ni adalah entri untuk mencari mood aku yang tiba-tiba hilang entah ke mana. Dan aku pun bajet mood aku akan kembali lepas aku update blog ni. Aku taktahu lah mana pergi mood tu yang pasti mood aku tiba-tiba hilang lepas aku tengok gambar ni; Pehal lak nak hilang tibe-tibe mood ni? Mengade-ngade betullah.. Mungkin bila tengok gambar ni, aku jadi seram tiba-tiba sebab lab report menimbun tak buat lagi. Dah tahu bertimbun pehal taknak buat je. Nak buat pun kena ada mood jugak kalau tak habislah content report aku nanti mesti cincai... Argghh! Stress lah macam ni! Baik aku layan movie kejap baru sambung pikir pasal keje. Huh! dah lama rasenya tak luahkan perasaan kat sini rindu sioott dengan kau wahai encik belog!

Maaf Zahir dan Batin.

Imej
Salam 'alaik.. Memandangkan agak ramai yang asyik tanya aku kenapa aku tak update blog, aku rasa better aku update sebelum tarikh last update aku jadi makin lama. hehe. Aku sebenarnya bukan taknak update tapi aku ada kerja yang lebih penting dari update blog ni. Since blog ni pun aku create untuk menghilangkan kebosanan atau dengan kata lain sebagai hobi aku lah jadi aku tak dapatlah nak aktif sangat dengan blog ni masa tengah busy macam ni. Bukan nak merungutlah kata aku ni busy sangat, lebih busy dari korang. Aku tahu ramai je yang busy tapi masih  ada masa nak update blog diorang. Itu mungkin cara diorang, lagipun aku nak berubah semester ni. Nak baiki pointer aku yang macam hampeh semester lepas. Kalau korang perasan, lepas dapat result mesti ada je update pasal sedih dengan result kat blog ni. Kalau boleh result yang keluar akan datang blog ni di update dengan entri yang lebih menggembirakan. Itulah perubahan yang aku nak buat. Aku mungkin jenis yang kena fokus pada satu...

Hati Tak Boleh Terima

Salam 'alaik.. Makin susah nak tengok blog ni berupdate. Kalau bukan entri entahapehape mesti entri sampah yang aku post. Busy, perkataan yang paling mudah untuk describe keadaan aku sekarang. Mungkin semakin busy sebab aku semakin serius untuk mencapai matlamat aku. Ataupun setelah dikhabarkan dengan berita yang agak mengejutkan sampai rasa nak berhenti belajar. Or sampai terkeluar ayat ni dari mulut, "kalau camtu, buat apa aku teruskan belajar kat sini? dah tentu aku tak boleh capai cita-cita aku," Lihatlah betapa sedihnya lepas dapat tahu berita tersebut sampai tak sedar apa yang terkeluar dari mulut. Tapi bila diingat kembali, takde apa yang perlu disedihkan. Cita-cita pasti akan tercapai walaupun terpaksa melalui jalan yang panjang atau rintangan yang lebih perit. Takde apa yang mustahil berlaku di dunia ini. Semuanya berlaku atas kuasa Allah. Berusaha tetap kena berusaha. Kalau takde rezeki, mungkin rezeki bukan di situ.. Taktahulah kenapa sekarang aku jadi ...

Semalaman Aku Tak Tido.

Imej
Salam 'alaik.. Dalam sebulan mesti akan ada satu malam di mana aku akan jadi seperti musang menunggu terbitnya mentari (selama ni tak jadi musang ke?). Mungkin kali ni agak teruk sebab badan rasa sangat-sangat lesu mata pun mengantuk tapi disebabkan tak selesa dengan keadaan badan aku yang tak berapa nak sihat aku tak boleh tido! tak selesa! gambar dari sini . Ye, berlaku sebulan sekali. Kadang-kadang lebih mungkin 3 kali dalam sebulan. Berturut-turut. Walaupun hati sedang happy hinggakan tersenyum sorang-sorang berharap akan mimpikan sesuatu yang indah, nak mimpi ape bendanya kalau tido pun tak. Berangan sorang je lah sampai tertido itupun kalau berjaya melelapkan mata. Haish.. Sekarang dah masuk subuh, dan aku masih tak tido. Kalau tadi orang tengah tido aku duk main game super mario bros (old version) sekarang aku menaip sesuatu (update blog pastinya) sambil melihat si mimi yang pagi-pagi lagi dah bangun mengacau mak aku nak bersiap pergi kerja. Memang macam tu lah setiap...

Entri Emo. Bacalah Kalau Berani.

Imej
Salam 'alaik.. Gambar dari tumblr "Emo lah kau ni," Aku perempuan biasalah emo-emo ni. Macamlah kau tak pernah emo.  "Kenapa kau emo ni?" Dah tahu tanya lagi. Kalau nak tahu sangat kaulah yang berjaya buat aku emo, tahu? Selama ni pun kaulah pemenangnya. "Dah dah lepas ni jangan emo-emo lagi," Tengoklah kalau kau tak buat apa-apa yang boleh menaikkan darah aku. Two days later..... "Lah, emo lagi...." Perlu ke aku bagitahu kau patpulohsembilan kali? Aku rasa kau pun tahu dalam sehari berapa kali aku jadi stalker kau tetap tengok semua profile kau, perlu ke nak bagitahu lagi? wow! marah betul aku. apa-apapun belum puas lagi ni. Hasriq !!! call aku cepat!

#facebook. tak add lagi bagus.

Salam 'alaik.. sekali lagi entri mengenai laman facebook. add sana sini tapi sombong lebih-lebih. memang betul, kita akan rasa agak awkward bila jumpa kawan-kawan lama macam member sekolah rendah ke, tadika ke kalau sekolah menengah macam tak sangatlah. tapi bila salah seorang nak buat macam biasa-biasa, ye mungkin biasa yang pelik tiba-tiba tegur kat wall facebook contohnya (dah kena add, tegurlah. tak tegur kata sombong) terbukti bukan kita yang sombong. apabila wall post itu tidak dipedulikan langsung! macam tak nampak je. wow! bajet hot lah. dah tu tak payah add, ok? dan mungkin juga seperti entri yang INI , mereka add kau hanya untuk memenuhkan kawan-kawan mereka di facebook. nak add orang tak kenal nanti kata sangap sangat nak kawan ramai so, add lah orang-orang yang kenal sekurang-kurangnya takde orang pelik-pelik nak stalk dia kan. tapi kalau sombong sangat dengan 'kawan-kawan' tu takyah add lah. sebab bagi aku kalau kawan lama tak macam tu. even dah lama tak ju...

aku benci..

BENCI.. perlu ke perasaan ini kalau kita marah kat seseorang? sejauh mana perasaan ini boleh menyelesaikan masalah kita? dan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan BENCI kalau perasaan ini senang-senang dilemparkan kepada orang lain? murah sangatkah perasaan kita sampai sesuka hati memberi perasaan walaupun BENCI sekalipun, sayang apatah lagi. dan bagaimana pula dengan sabar yang lama terpendam?  "dia tak sengaja buat macam tu, sabar je lah. takkanlah sebab masalah remeh pun nak benci orang," tapi, setelah sekian lama melupakan ianya berulang kembali? sebanyak seribu lapan ratus lapan puluh lapan kali berlaku. kenapa? tak pernah mengaku kesalahan atau tak pernah ambil tahu dengan teguran orang?  bila sesuatu buruk berlaku, baru nak menyesal? atau takkan dan tak pernah nak menyesal langsung? sebab tak pernah fikir semuanya berpunca darinya. kenapa? ego atau terlebih fikir diri adalah seorang yang bagus dan sempurna. mungkin.  humans are not perfect

sape nak duduk serumah dengan aku? angkat tangan!

Salam.. "mak, nak beli apa lagi ni?" kesibukan aku selepas dapat mesej dari housemate. dia suruh bawa barang-barang dapur dari rumah. ok lah tu saving sikit duit kami. yelah, dah kena duduk bertiga je lepas ni kan. rasa macam nak bawa macam-macam je. nak bawa heater walaupun kat rumah sewa dah ada heater tuan rumah. nak bawa oven, boleh buat kuih ataupun kek nanti. HAHA. memang saving habislah kami jawabnya. separuh dari duit elaun mara kami khas untuk membayar sewa dan semua yang berkaitan dengan rumah. bil air, bil letrik, bil streamyx. aduhai.. separuh lagi belanja sebulan. makan saja. ok, jangan mimpi lah kau nak shopping aza oii.. terpaksalah tahan diri buat masa ni.  hari ni kat facebook kami dok kecoh pasal nak register subjek. kalau boleh nak sama dengan geng-geng yang lain senang sikit nak study sama-sama. lagipun kami memang mempraktikkan study dalam kumpulan ataupun study group dari sem pertama lagi. terutamanya subjek membaca macam biology memang kena ...

"truutttt..truuttt...weyh, kenapa dengan kau?"

Salam.. baru saja menerima panggilan dari seorang kawan. minah ni, berapa ramai kawan daa.. HAHA. kawan biar beribu, bercinta biar satu. aku kawan je dengan sape-sape yang taknak kawan dengan aku tu lantak sama dia lah. berbalik kepada cerita kawan tadi. dia juga antara insan-insan yang aku rasa nak cerita apa yang telah berlaku kepadaku dan kawan-kawanku yang lain. aku ingat benda ni dah setel. itu je yang dia cakap kat aku tadi. macam mana lah nak setel kalau masing-masing taknak buka mulut termasuk aku. masing-masing buat macam tenang walaupun sebenarnya memang tengah ada masalah. masing-masing nampak aman walaupun sedang perang. aku tahu dari awal benda ni boleh selesai tapi mungkin lambat bertindak atau kami ambik tak endah saja dengan masalah ni. nak cakap pun serba salah bila sebelah pihak rasa meluat dan terus mendiamkan diri. bila dah jadi macam ni bagi aku dah takde apa yang boleh kami buat. terima saja lah. habis tu macam mana? takkan kau nak suruh aku tolong duduk ...

hadiah birthday tahun ni, nasi lemak lima posen dan satu ciuman.. hehe

Salam.. pagi-pagi lagi kakak aku dah kejutkan aku ajak temankan dia hantar mak aku pergi sekolah. ok, aku bangun sendiri sebab nak ucap selamat jalan untuk ayah aku yang ingin ke indonesia pagi ini kerana ada majlis apa entah berkaitan dengan kerja. tapi bagun bangun je ayah aku dah pergi. sedih jugak sebab dia tak sempat nak ucap 'selamat hari jadi' kepadaku. mak aku cikgu tadika tapi agak jauh dari rumah sebab tak boleh nak jalan kaki ke sekolah tadika tersebut. selepas menghantar mak aku, kakak aku ajak aku pergi beli nasi lemak. belanja sempena hari jadi katanya. adeh! bagi le mahal sikit kok ye pun. takpe lah, telankan aje apa yang dia bagi tu. asalkan dia ingat hari jadiku walaupun bukan orang pertama yang mengucapnya. masa nak beli nasi lemak, kakak aku dok pilih-pilih kuih muih yang ada terjual di gerai berdekatan dengan rumah aku. ada pulak sorang makcik ni, dengan kereknya berkata, "tepi sikit," bak kata kakak aku, "eh, tak nampak ke orang tengah na...

betul ke perempuan ni gelojoh?

Salam.. alkisahnya aku nak bercerita mengenai perempuan. mungkinkah ini entri mengutuk si gadis-gadis? korang baca korang akan dapat menilainya. kisah bermula bila sepasang kekasih yang berjanji sehidup semati. ehem.. jiwang le pulak aku rasa. ok, yang lelaki aku namakan ali dan yang perempuan pula latipah. pada suatu hari ali memberitahu hasratnya untuk mengahwini latipah. tipah apa lagi senyum menyingai sampai ke telinga lah bila dengar berita yang menggembirakannya itu. kembang setaman hati dia.  'akhirnya aku temui juga orang yang betul-betul serius dengan aku,' TAPI.... lepas kata-kata dan hasrat itu diluahkan ali dah makin jarang kontek tipah. ali cakap dia agak busy dengan kerja. pada mulanya tipah berfikiran positif, 'dia kerja keras sebab nak kawen dengan aku kot,' oppss! positive thoughts itu masa tu je lah. tak sampai berapa hari tipah mula rasa tak selesa. dia rasa macam tak dapat layanan yang sepatutnya oleh ali. nak bagi layanan macam mana pulak kalau...

tak habis-habis dengan pervert.

Salam.. fuh! nasib baik semalam aku tido tak bawa handphone sekali. entah mana handphone aku letak dah la pulak tu aku pergi silent kan lagi bagus. sape-sape yang mesej atau call kompem aku tak tahu. ini kukuh membuktikan aku bukan seorang yang obses dengan handphone.  pagi ni barulah aku dok cari-cari manalah incik hitam samsung pergi. janganlah merajuk incik hitam.. hah! jumpa juga akhirnya. check handphone ada 4 missed call dan 2 mesej. yang 4 missed call tu memang dah agak orang yang tak paham-paham bahasa asyik mengganggu hidup aku dengan benda-benda lucah! nak tahu lebih lanjut sila lihat entri INI . 2 mesej pula datang dari cik mimi yang agak lama tak kontek. entahlah. aku yang malas nak menaip mesej untuk dia atau dia yang malas nak kontek aku. tanya mengenai semester registration yang telah dibuka. lagi satu mesej juga dari unknown yang dok missed call aku. "awak.nak.#@!$%," kerana terlalu lucah aku tak sanggup untuk menayangkan di sini. dan tak sanggup untuk meng...

mood memijak tengkok orang sampai patah.

Salam.. nak patahkan tengkok memerlukan ketangkasan dan kekuatan. tapi kalau dah marah kekuatan tu datang dari kemarahan tersebut. pehal minah ni nak patahkan tengkok orang pulak ni. sekeh kang! haa.. berani sekeh lah! lala..  korang mesti pernah je menghadapi situasi yang mana darah korang membuak-buak naik tiba nak meletus macam gunung berapi. mula-mula sebelum meletup kita berasap-asap dulu. rasa dah tak boleh nak simpan lagi barulah, "kabooommm!!!!!!!!" time tu dah tak ingat dah kita buat apa. macam dah tak betul pun mungkin jugak. dah tak sedar kononnya.  aku pernah jugak lah marah sampai mencederakan orang masa aku kecik-kecik dulu. biasalah bergaduh dengan adik aku. dah memang dialah kawan gaduhku. masa tu entah pehal ntah adik aku tiba-tiba pukul aku. eh, pehal lak ni? aku pun pukul dia balik mengikut kiraan yang sama dia pukul sebelumnya. nak fair lah kononnya. dia pukul sekali aku pukul sekali. tapi lepas aku pukul sekali tu dia boleh pulak pukul aku berkali...

ignore cara yang terbaik.

Salam.. IGNORE perkataan yang aku praktikkan dari dulu dan sekrang. apa yang aku nak ignore sangat ni? bila datang rumah nenek nenek aku kan suka jadi polis kalau aku datang rumah dia. masuk je rumah tu mesti start dengar suara nenek aku memanggil. ok takpe lagi sebab aku memang akan datang kat dia dan salam dia. selesai salam.  "kenapa kau lama tak datang sini?" "adik kau mana?kakak kau mana?abang kau mana? semua taknak datang jenguk-jenguk orang kat sini?"  bukan semalam aku datang ke? diamkan aje lah. kalau buka mulut nanti kata aku kurang ajar pulak. tak hormat orang tua dan sebagainya.  bila ada orang cakap benda yang paling aku tak suka ok, aku tahu aku kurus keding macam lidi. badan tak macam model iklan. tengok bmi pun aku kompem kurang berat badan. nak buat macam mana aku memang dilahirkan seperti ini. maksud aku, metabolisma aku tinggi. sebab tu makan macam gajah pun badan tak naik-naik. tapi aku bersyukur sebab setakat ni aku sihat wal...