Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel aku

Me & Baby

Salam 'alaik.. Rasa macam tak percaya, macam baru je semalam kawen hari ni dah ada baby depan mata? Ohmaiii... betul ke ni? I am now.. A MOM! Like seriously tak pernah terfikir macam mana ada anak sendiri. Uruskan anak sendiri, main dengan anak sendiri. But now, semua tu aku buat sendiri without any helps from my mum. Tak sangka pandai jugak aku uruskan anak. Hehe Menunggu kelahiran... Masuk kandungan aku 37 minggu aku still bekerja, masuk office yang berada jauh di Shah Alam dan aku menetap di Kajang. Tapi nasib baik minggu tu husband aku bercuti. Nak habiskan annual leave katanya. Hari Rabu, 28 Dec, aku masih lagi pergi meeting dengan client dan macam minggu minggu sebelumnya Rabu dah disetkan khas untuk 1 client ni. Since client ni ada collaboration dengan other company untuk produk dia jadi kami setkan khas Rabu sebagai hari appointment kami dengan mereka. Masa ni aku dah start duduk tak senang dah. Bos aku kat depan tengah bagi training pasal Risk Management, a...

Itu Ini.. Mana Satu Ni?

Salam 'alaik.. Sesak nafas minggu ni kena menghadap kerja yang bertimbun timbun kat office tu. Masuk office meja yang paling semak, meja aku letteeww.. Takde 5S langsung! Hari tu beriye dengan 5S tapi kali ni meja aku lah yang paling semak. Tak sempat... Kalau dengar encik coordinator 5S mesti ada yang kena bebel ni. 5S tu adalah blablablablablablabla..... Sepatutnya kite kena blablablablablabla... Maaflah saya tahu apa itu 5S, tapi saya sekarang tengah serabut dengan semua kerja yang nak urgent. Huh! Kalau boleh urgent dia tu baru bagi pagi tengahari tu dah kena siap. Macam kita takde kerja lain lah selain nak menghadap kerja dia sorang aje. Menyampah pulak ai! Yang sana taknak membantu tahu nak bagi je, bila ada masalah semua tunding jari kat orang lain. Dok blame orang yang taktahu apa-apa. Boleh dikatakan blame kat orang yang tak terlibat jugak la. Masing-masing nak lepaskan diri. Bila jadi isu besar mulalah nak gelabah, pada awal taknak pulak fikir pro & cons...

Penganggur Sepenuh Masa

Imej
Salam 'alaik.. Ok mana aku nak start dulu ni, rasa macam terlalu banyak pulak nak cerita kat dalam blog hari ni. Yelah, blog dah lama tinggal kan macam ni lah jadinya. Bajet busy tahap gaban jadi operator kat kilang Mamee. Opps!  First sekali, nak bagitau.  Aku dah jadi penganggur sepenuh masa! Adakah ini berita yang paling menggembirakan? Mungkin ye dan mungkin jugak tidak. So boleh dikatakan half half lah. Gembira sebab aku dah ada masa untuk diri sendiri dan tak perlu balik sampai tengah-tengah malam. Tak berapa nak gembira sebab kena tinggalkan kawan-kawan yang best kat sana dan aku kena cari kerja baru untuk tampung cost hidup aku.  Kawan-kawan yang sentiasa diingati Takdelah nak sedih sangat sebenarnya, kalau aku rindu diorang aku boleh je kacau diorang kerja kat GSC Dataran Pahlawan tu. Macam berhenti then pindah keluar Melaka pulak nak sedih-sedih. Over je aku ni. Hehe. Diorang nak ajak pergi makan-makan pun boleh ajak aku. Sebab kalau tak a...

Selamat Datang 2014

Imej
Salam 'alaik.. Happy New Year! 2014 menjengah dan sebenarnya umur pun semakin meningkat. Sampai bila nak jadi penjual tiket azza? Get a new life please.. Azam tahun baru yang sebelum ni di-renew dari tahun-tahun lepas sekarang tidak lagi. Azam yang fresh dan In Shaa Allah dengan izinNya aku harap azam kali ini menjadi kenyataan dan menjadi satu titik permulaan untuk segalanya. Resignation letter? Done! Tinggal nak hantar dan nikmati hidup yang sebenar minggu hadapan. Lebih banyak masa untuk diri sendiri mungkin. Lepas ni gadis bernama Azza ini tidak perlu balik kerja pukul 1 pagi. Tak menyusahkan ayah nak ambik nak hantar. Oh oh lupa. Ehem.. HAPPY BIRTHDAY AYAH! Anak dara awak yang sorang ni dah besar. In Shaa Allah dia lebih matang dari sebelumnya walaupun fizikalnya tidak. Tidak tahan barangkali Heh

Jadi Surirumah Berjaya.

Salam 'alaik.. Hai! Sejak dah jadi separa menganggur ni rasa macam-macam aku nak buat. Macam-macam nak try dan macam-macam aku nak ceburi. Uicehh! Dalam kepala otak aku, kalau tak dapat kerja yang berkaitan dengan apa yang aku belajar selama 4 tahun lebih ni pun takpelah asalkan aku ada duit. Baru-baru ni aku jumpa dengan kawan yang agak lama tak jumpa, ada la dalam 6 tahun tak bersua. Sejak habis sekolah sampailah minggu lepas baru jumpa. Bak kata dia, banyak aku ter-miss perjalanan hidup dia. Yelah, dari sekolah dua-dua outsider balik sekolah jalan sesama, plus dua-dua pengawas sekolah pergi buat duty pun sesama, nak buat jahat sesama gak. Tapi naik form 5 dah masuk hostel dah tak dapat buat benda-benda tu sesama lagi. Last week jumpa dengan cik zati mohd (nama sekali dengan nama ayah, sebab ada more than 1 zati dalam kelas) cerita-cerita pasal kehidupan dia tanpa aku. Hahah. Cam poyo kan. Konon aku sorang je kawan yang dia ada. Kawan dari sekolah rendah kot, walaupun masa...

Suka Sangat, Hambik dah Sakit!

Hello everyone! Oh maksud saya Assalamualaikum wbt. kepada semua pembaca blog hitam lagi suram berhabuk malah bersawang ini. Sebelum bercerita lebih panjang, Weh! Aku dah habis praktikal. Yippiiieeee!!!! Hehe. Saje nak berkongsi kegembiraan yang aku rasa sekarang ni. Serius seronok sampai demam weh. Demam tak elok-elok siap ada combo lagi dengan migraine dan beberapa penyakit yang aku pun tak sangka boleh join venture sekali. Perghh! Sebab hepi sangat ke sampai jadi macam ni? So sekarang lepas dah berpraktikal aku kenalah siapkan slide presentation untuk present esok. Sepatutnya present kat company tapi takde tempat diorang sediakan so terpaksalah bawak diri present kat Micet je. Ingatkan aku dengan Aimi je present kat Micet rupanya ramai yang senasib dengan aku. Lepas present nak pegi hang out dengan member lama yang kenal dari sem 1. Tak sabar betul part tu, oh before present tu nak pergi makan kat Kendong. Kedai feberet zaman belajar sebab tempoyak kat kedai tu sedap....

Si Pemalas Kembali

Imej
Salam 'alaik. Hello blogger!!! Nampak happy kan, memanglah happy beb aku dah hampir ke penghujung praktikal kat kilang Mamee. Weee!!.. Lepas ni boleh cari kerja yang berkaitan itupun kalau ada yang nak hire aku nanti. Well bukan senang nak dapat kerja kan. Aku perasan sangat yang tu. Mr. Raksasa aku pun dah berapa bulan grad sampai sekarang tak dapat jugak kerja. Ada yang kata depa takut nak ambik dia kerja. Hurmm.. Entahlah kan. So kenapa beriya update blog si pemalas ni? As usual la kalau bukan kena stay up buat kerja takkan lah aku nak update blog yang banyak gile sawang plus dah macam hutan belantara dah ni. Si pemalas ni kan biasenya akan rajin mencuri masa time tengah busy nak buat kerja. Esok bangun confirm lah kepala miung miung. Memang ada yang tertido kat atas kotak lah esok ni. Lagipun... Wehh! Korang tak rindu ke si pemalas ni?? HAHA *bajet ramai peminat setia. krik krik..*   Segan jap takde peminat, buat buat makan eskrem. (pic: SanySupni )...

Entri Perasan.

Imej
Salam'alaik.. Wahh.. Kemain upload gambar. Ni kes dah lama tak upload gambar sendiri kat blog le ni. Saje je pun upload gambar ni sebab aku edit guna PicsArt. Macam cun pulak bila edit guna editor tu.  Aku ni takde lah pandai sangat nak ambik gambar cun-cun guna DSLR macam orang sekarang ada. Walaupun ada peluang belajar guna DSLR milik kakak aku, malas tetap menguasai diri ini. Kalau setakat ambik gambar sendiri macam kat atas ni pastu upload merata tak payahlah mengaku suka photography sangat.  Seperti yang korang tahu, aku pernah bekerja di GSC dan sebenarnya sekarang pun masih bekerja di sana sebagai part time crew. Bekerja sambil belajar plus cari pengalaman kerja sebelum menjadi pekerja tetap di mana-mana company besar seperti InnoBio, BiotechCorp, Appeton atau mana-mana company pharmaceutical yang lain (cehh, berangan sangatlah aku ni). Memang takde kaitan dengan course kerja kat GSC tu tapi sekurang-kurangnya aku dapat rasa sendiri suasana bekerja macam ...

Aku, Ramadhan dan Syawal..

Imej
Salam 'alaik..  Salam Ramadhan dan selamat menyambut syawal yang bakal menjelma tak lama lagi. Oh, lama sangat aku tinggalkan belog tak berupdate, dari awal puasa sampai ke penghujung ni baru nak update. Di mana hilangnya semangat menghapdet belog yang dulunya paling kurang sehari sekali, kadang-kadang sehari sampai lima entri aku buat. Di mana perginya kerajinan itu? 'kalau setakat rajin update blog, benda lain nak buat malas baik tak payah,' Bulan Ramadhan, kalau boleh hari-hari nak berbuka puasa kat rumah mak. Malas nak masak, lebih kuranglah. Ish..ish.. Apa nak jadilah anak dara pemalas ni? Tahu dah tu yang korang nak cakap, takpe aku tolong cakapkan apa yang tak terluah tu. hehe. Bukan malas, lepas kelas terus pergi makmal bio menyambung apa yang tak siap lagi. Memanglah tak pergi hari-hari sebab kelas aku kadang-kadang ada jugak yang petang walaupun semester ni satu hari aku ada satu kelas je. Lagipun aku tak rajinlah nak pergi bazar Ramadhan membaz...

Mr. Blacky

Sekarang tak perlu risau ditinggalkan oleh kawan, tak payah risau kawan tak balik rumah. Kelas kalau tak sama dengan kawan pun takpe, dan takdelah nak kena bangun awal pagi pergi Micet walaupun kelas pertama mula lagi 5 jam.  Dalam diam-diam dah bayangkan, mesti senang nak bergerak terutamanya bila experiment untuk FYP dah mula. Mestilah tak tentu jadualnya nanti, tiba-tiba aje kena jumpa supervisor. Nak check sample pun takdelah nak menyusahkan orang tolong hantarkan lagi.  Alhamdulillah... Walaupun beban semester ni semakin bertambah dengan subjek-subjeknya tapi masih ada yang menyenangkan. Terima kasih abang untuk Mr. Blacky Mekdi!

Mood Hilang Bila Lapar

Bila dah ada kat rumah, setiap hari dari pagi sampai ke malam lepas tu sambung esoknya lagi tak habis-habislah cakap pasal kawen. Adoyai, tahulah masing-masing dalam rumah ni nak kawen. "Ja, kau buat le kan kaklong invitation card. Buat comel-comel macam budak sekolah tadika pun takpe asalkan comel," Rajinlah pulak aku nak buat benda tu. Kang kalau aku buat ada je yang tak puas hati. Huh, menyampah! Semalam aku temankan kaklong aku pegi beli barang untuk buat hantaran kawen dia. Semestinya aku bukanlah wedding planner, jadi kewujudan aku semalam hanyalah sebagai penguat segala cadangan, bukan pemberi idea. Tak pandai aku nak bagi idea bab-bab kawen ni. Aku manalah penah kawen. "Kau rasa ok tak beli yang ni buat hantaran? Pastu yang tu sekali, lagipun nak masukkan yang aritu jugak, so macam mana? Apa kau rasa?" "Aja rasa lapar, jom MarryBrown," HAHA. Memang itu yang mampu aku katakan ketika bertubi-tubi soalan ditanya oleh kakak aku. Bukan tak...

Berakhir Sudah.

Imej
Salam 'alaik.. Tepat pukul 12 tengahari, tamatnya masa menjawab kertas soalan subjek Bioremediation of Waste and Wastewater bermakna berakhir sudah semester 5. And I was like,  "Alhamdulillah.. Dah cuti," Serius, sejak kelmarin lagi ketika membuat persediaan untuk subjek Bioseparation aku dah fikir nak balik. Aku dah berangan benda-benda yang aku nak buat masa cuti semester, aku dah mula merindui Mimi, kucing aku dan aku mula malas nak study untuk Bioseparation. Hurmm.. Rasanya malas nak study Bioseparation tu dari start exam week lagi kot walaupun dah start study awal bersama-sama aku study subjek feveret tapi perasaan terhadap subjek tu tetap tak sama macam aku study Thermodynamics mahupun subjek-subjek lain. 'Abaikan perasaan tu, sekarang masanya untuk bercuti,' Rehatkan minda yang selama ini penat bekerja mengejar markah coursework, dan mungkin sebab itu semester kali ni terasa panjang bagi aku. Hari-hari ada benda nak buat. Normal lah student.. Dan m...

Sedikit Ruang

Imej
Salam 'Alaik.. Hari ni bermulalah minggu berstress-stressan dengan nota-nota mahupun buku-buku. Oh, dah sampai penghujung semester 5 rupanya. *Pura-pura tak perasan. Sepanjang-panjang sem hanya mampu mengejar carry mark sampai tak perasan dah nak habis sem. Bajet rajinlah aku ni. HAHA. Ada satu subjek yang aku amek sem ni dah dapat gred. Alhamdulillah A. *Walaupun sebenarnya takde sorang pun dapat B untuk subjek tu. hehe. Final exam pun takde untuk paper tu. Berkata mengenai final exam, hari pertama exam adalah subjek feveret (Thermodynamics). Subjek yang aku ambik sampai 2 kali. Kali ni pasti sampai ke penghujung. Yosh! Tapi masa kelas terakhir Thermo semalam macam sedih pulak rasa sebab itu adalah hari terakhir aku belajar dengan lecturer tu. Selama 3 sem berturut-turut aku jumpa dia (dia ajar Reaction jugak) dan sem ni adalah sem terakhir since sem depan adalah sem aku dah masuk betul-betul ke specialization aku. Ahh! Sedih... Entri luahan ke apa aku buat ni? Haihh.. Rajin p...

wow! gojes.

Salam 'alaik... 6 jun sepertimana yang diwar-warkan oleh senior kami. memang betul result dah keluar. tapi bagusnya kali ini ecitie ataupun website rasmi unikl tak busy seperti sebelumnya. mungkin sebab unikl lain seperti MIIT dan MFI sudahpun bersedih-sedihan mahupun bergembira dengan result mereka pada jumaat yang lepas. aku. nak kata gembira mungkin tak. sedih.. yelah kot bila tengok result yang, 'wow! gojes,' gojes lah sangat result macam tu. itulah dia hasil tungkus lumus student yang suka study last minit dan menahan diri tak update blog sepanjang study week dan exam week sehinggakan encik nuffnang menarik status glitterati aku dan domainku yang tak dapat digunakan lagi selepas exam week. tapi bila difikirkan kembali, kalau aku tak tahan diri langsung kemungkinan result aku lebih teruk dari yang sekarang jadi aku patut bersyukur. Alhamdulillah... setelah beberapa minit bersedih-sedihan dengan result 'gojes' ini timbul pulak news yang mengatakan best fri...

separa sedar.

Salam 'alaik.. pada suatu petang yang suram dan sunyi aku tertido seperti seorang bayi yang suci murni di atas katil tanpa diganggu oleh mimi si kucing (semestinya mimi pun sedang enak dibuai mimpi) tiba-tiba, mesej masuk. aku buka dan baca, "result dah keluar ja," kenapalah time aku separa sedar kau nak bagitahu result dah keluar. dalam keadaan aku tengah syok tido kau nak bagitahu info yang agak mengecutkan perut aku ni. aku bangun dan terus buka laman rasmi unikl walaupun dalam keadaan yang agak-agak cuak jugak dalam separa sedar (penting perkataan ni).  'cepat je loading masuk website ecitie ni selalunya kalau result dah keluar mesti lembab macam siput babi,' check dan terbukti memang takde. sepantas kilat aku capai henpon untuk balas mesej tadi.  "takde pun," "ouh, MIIT je kot. hehe," nasib baik kau bukan depan mata aku kalau tak mesti aku dah debik dah. grrrr! kacau jelah orang nak tido!.. senior aku ca...

segmen bloglist abgteror: tanah tumpah darahku

Salam 'alaik... aku berminat nak join segmen bersama abgteror untuk tergolong dalam bloglist beliau. apa yang menarik sebenarnya soalan yang beliau tujukan untuk masuk dalam bloglist tu. biasalah kalau segmen mesti ada soalan pastu kena buat entri khas supaya kita boleh join sekali. ok, soalannya: di mana aku dilahirkan? di mana aku dibesarkan? negeri pilihan untuk tersenarai dalam bloglist beliau. kenapa pilih negeri tersebut? jawapan untuk soalan 1 sampai 3 aku adalah melaka. kenapa melaka sebab aku anak jati melaka. jati sangatkah? taktahulah sejauh mana kejatian aku sebagai anak melaka tapi yang pasti mak dan ayah aku kedua-duanya adalah penduduk tetap melaka dari mereka dilahirkan lagi. begitu juga dengan atuk-atuk dan nenek-nenek aku.  dan untuk mengukuhkan lagi betapa kuatnya aku dan negeri melaka ni, sedara mara aku semua duduk melaka dan rumah nenek aku tak jauh dari tempat tinggalku. apa lagi? oh ya. aku belajar di melaka, alor gajah yang merupakan kampung s...

akhirnya selesai sudah kesengsaraan.

Imej
Salam 'alaik... rasa terharu sebab dah habis paper. apa yang terharu pun aku taktahu. HAHA. dan rasa macam ni, "perghhh! lama gila aku tak update blog. berminggu sampai nuffnang pun tarik balik status glitterati aku," maaflah incik nuffnang, saya takde masa nak update blog memandang exam final lagi penting dengan subjek-subjek sem ni yang bisa buat aku macam nak mati. sobbss.. yang lepas biarkan lepas. walaupun ada lah sikit rasa sedih mungkin sebesar zarah ataupun sebesar gajah apabila satu subjek yang macam tak boleh nak jawab langsung. tapi nasib baik Allah beri aku hidayah dalam dewan peperiksaan tu jugak. Alhamdulillah. tu yang aku goreng sehabis baik tu. terutamanya paper 'penapaian' memang hangus aku goreng tapai tu. HAHA. lepas paper akhir, aku dan housemate apa lagi berenti kat depan a'famosa amek gambar ramai-ramai. setelah setahun duduk a'famosa tak pernah pulak buat kerja gila macam ni. sampai ada pakcik mana tah yang dok hon-hon kami.  ...

selagi tak tutup mata..keje,keje,keje..

Imej
Salam... "za, balik ni ko update blog," eh? pehal lak minah ni tiba-tiba suruh aku update blog? tahu lah blog aku dah lama gila aku tak jenguk. nak update lagilah jauh sekali. aku pandang dengan muka penuh tanda tanya. tak payah buat muka camtu tu orang dah tahu aku blur. HAHA. nak buat macam mana aku memang blur. sobbbss... "pasal kebizian kite yang tak putus-putus ni lah. orang nak dekat final kelas takde sangat, assignment dan test mungkin ada tapi ada lah jugak masa nak buat. ni tak kelas sentiasa penuh assignment datang bertimpa-timpa ntah bila kita nak buat pun taktahu," ok. dan sebabkan tu lah aku masuk ni dah dekat 2 bulan tak tido malam! mata kompem akan tersedar pukul 2 pagi. sebelum tu tido awal lepas makan. nak kata awal tak awal sangatlah kadang-kadang tido jugak pukul 12 or 1 pagi. tapi tak lama, dalam pukul 3 or 4 mesti bangun balik. tak set jam pun dah boleh bangun. bangun buat keje yang tak siap lagi plus yang dah kena reject. sobbsss... ...

aku bercakap dengan bulan sengsorang..

i'm talking to the moon alone.. macam orang gila yang tengah syok sendiri pulak. haish! As salam.. lepas balik dari camping aku dah kurang makan. erk? apehal lak tak berselera ni. selalu ok je makan banyak-banyak. sampai aku buat pemikiran sendiri. mesti perut aku terkejut, yelah dah 3 hari kot makan dalam hutan tiba-tiba kat rumah makan macam biasa perut dah tak boleh terima pulak. tapi tadi kat lab reaction kepala aku dah berpinar-pinar macam nak pengsan. perut kosong, lapar nak makan tapi selera takde. plus terasa nak muntah. pergh! dasyat betol. ni first time aku rasa camtu.  "hari ni aku tak makan nasi langsung," mengadu kat kawan baik aku, saje nak buat dia risau. HAHA. takde selera beb tengahari tadi pun aku tak makan. rase kalau makan pun kompem muntah. macam keracunan makanan pulak aku rasa. aduhai.. "kau ni banyak pikirlah.. takde benefit pun kau pikir banyak sangat benda yang takde pekdah tu, sebelum aku pelempang kau baik kau pergi makan sekarang!...

meja ape tu banyak nau barang?

Imej
Salam.. makin lama makin rajin pulak aku bangun awal. bagus anak dara macam aku ni. HAHA. bangun awal bersebab, sepatutnya nak berlari-lari anak a.k.a joging kat a'famosa dengan edaa. tapi dia tak call pun jadi ke tak ni? huhu. baru nak rest kejap sebelum sambung report. petang sikit kami nak terjun masuk swimming pool pulak. yabedabeduuu!!   (gambar: meja aku selalu buat keje) tengok meja dah macam hape. lab coat siap ada atas meja, air supaya senang minum sebab malas nak pegi dapur. buku-buku dah tersedia atas meja senang sikit nak amek. opss! tapi buku-buku ni bukan semua aku punya. dengan laptopnya lagi. ish..ish.. macam ni ke meja study anak dara. memang nak kena kemas ni tapi nak letak mana buku yang banyak ni? rak buku dah penuh disumbat buku-buku tebal. haish! nak kena kemas jugak bertambah serabut otak aku tengok. huhu