Catatan

Mates, Dates Guide..

Imej
Salam ' alaik .. Bila dah start semester baru rasa macam banyak sangat masa terluang aku dan semestinya digunakan untuk kawan-kawan. Kadang-kadang tak balik rumah langsung, duk tido rumah kawan alasan esok ada kelas pagi pukul 8. Eh, tapi memang kelas aku masa tu pukul 8 pun. Malas lah nak drive pepagi buta lepas subuh dari Telok Mas ke Simpang Ampat.  Hujung minggu pulak macam biasa kerja sebagai ticket girl at GSC. Nak cari duit lebih kononnya untuk masa akan datang. Boleh cepatkan perkahwinan kitorang nanti. Eh? Perkahwinan kitorang ? Haha . Siapalah lelaki yang nak kahwin dengan aku tu kan. Malang betul dia dapat aku yang pemalas ni . Takpe, aku   tak  memilih just pada   dia   je lah. Kalau dia memilih aku ni sah-sah bukan pilihan dia nanti. So tunggu dan lihat je lah... Mengkantoikan diri tengah baca buku ni masa takde kerja. Nak ngorat sape pun aku taktahu...

Angin Satu Badan!

Imej
Salam 'alaik.. Kembung perut [ihsan gugel] Ya, semestinya angin seperti di atas ni lah maksud aku. Pagi-pagi lagi aku dah bantai sakit perut, mak aku kata sakit perut sebab ada angin kat dalam badan. Macam terpinga-pinga jugak dengar macam tu dari mak. Mak siap offer diri nak urutkan aku. Mak aku ni boleh tahan jugak mengurut, sebelum ni makcik-makcik aku yang baru lepas bersalin dia lah yang jadi tukang urut.  Dari start mak aku pegang badan aku, tak berhenti-henti mak aku menguap. Angin dari badan aku transfer pergi kat mak aku dan angin tu semua keluar dari mulut mak aku. Macam main pass baten dalam acara larian 4 kali 100 meter pulak kan. "Dulu masa mak baru lepas bersalin, ada orang kampung ayah kau urutkan mak. Terpelanting-pelanting dia mengurut sambil sendawa keluarkan angin. Sampai tension orang tu. "Eh, banyak bonar angin kek badan kau ni," Orang tu sempat tepuk belakang mak," Sempat pulak mak aku bercerita per...

Comeback.

Imej
Salam 'alaik.. Sebenarnya aku baru je lepas tengok cerita Cinta Vlog. Eh, tengok kat youtube. Ntah macam mana boleh terbukak, niat di hati nak tengok cerita lain. Tetiba lepas tengok video tu terpanggil pulak nak update blog kan.  Setelah lama tak bukak website nuffnang, aku pun merajinkanlah diri ini padahal aku memang tengah bosan. Sepuloh minit depan laptop, then keluar kejap pegi tengok tv. Pastu nampak mak tengah siang ikan bilis. Tanya mak nak buat apa ikan bilis banyak-banyak. "Kaklong kau nak buat sambal, nak bawak pegi ofis dia esok," Oh ok. Bukak Disney takde cerita menarik. Tekan Nick channel, tengok Jimmy Neutron kejap, dah habis masuk bilik semula. Godek twitter, godek facebook, godek youtube. Vlog? Eh, not interesting. Bukak website poplook, window shopping kononnya tapi terbeli jugak. Errkkk.. Bukak twitter balik, nampak suggestions people ada nuffnang. Teringat nak tengok keyword kat nuffnang. Dan... Ok lah untuk blogger yang jar...

Bila Aku Nak Kahwin?

Salam 'alaik.. Hai sekali lagi. Oh mungkin nampak kerajinan aku kali ini update blog walaupun selang beberapa hari. Sekurang-kurangnya blog ni tak dibiarkan sampai sebulan mahupun setahun. Minggu lalu, sekali lagi aku bekerja sebagai seorang gadis wayang. Walaupun agak pelik bunyinya tapi itulah hakikatnya. Eh? Tapi bukan orang yang buat wayang, tentunya orang yang menjual tiket wayang. Hehe. Bila dah lama sangat tak jual tiket wayang rasa macam rindu je. Rasa nak keje pulak. Bila keje, walaupun tiga hari dalam seminggu pun dah rasa beban sebab kerja banyak tak siap. Thesis, lab, nak pergi kelas lagi. Haihh Tapi bukan itu yang aku nak bebel kat sini. Wah, dengar bebel je macam panjang pulak entri kali ni kan. Insha Allah, kalau takde idea secara tiba-tiba pendek jugak jadinya. Hehe. Sejak kebelakangan ni macam kerap sangat aku bukak page islamik yang update pelbagai info yang sedikit sebanyak menambahkan ilmu agamaku. Insha Allah.. Tapi dalam masa yang sama, diri ini meront...

Tahun Baru Update Baru.

Imej
Salam 'alaik.. Hai semua. Sebenarnya aku dah sepuloh kali bukak tutup bukak tutup blogger dot com kononnya nak update blog. Tapi selepas beberapa perenggan ditaip, dan tentunya isinya dari kotak pemikiran aku, aku discard semula apa yang ditulis. Ada juga yang hanya mampu disimpan tak mampu ku terbitkan di blog ini. Terlalu banyak berfikir dan apa yang difikir tu kadang-kadang boleh menimbulkan marah pun tak boleh jugak kan. Eh? Abaikan.. Hehe. Aku dah lama tak bersosial. Tipu. Mungkin lebih tepat terlalu banyak bersosial sampai gambar sendiri takde sape nak snap. Sobbs. Sampai hati diorang. Teman berfoya-foya. Eh, macam cantik pulak guna kamera fon aku yang baru 2 MP saja ni. Bila dilihat satu persatu fon aku tak banyak gambar aku. Ok lah kan. Dah kurang bergambar, maknanya dah kurang upload gambar sendiri dan kemudian kurang sikit syok sendiri. Hehe. Azam tahun baru 1434 H, kurang upload gambar kat mana-mana sesawang. Insha Allah.. Rasanya belum terlambat lagi nak...

Setiap Kali Dengar Lagu Tu Aku Cepat-Cepat Tukar Siaran Radio

Salam'alaik.. Yeahh! Hari ni keje petang setelah sekian lama aku tak merasa keje petang dan jugak pagi. Tak berapa suka lah keje petang tapi ok lah ada masa sikit nak buat esaimen, study dan sebagainya sebelum start belajar lepas cuti mid sem. Habis cuti banyak pulak test dan assignment yang nak kena submit. Jadi aku sepatutnya jadi seperti dulu, miss musang yang comel dan garang cari makan waktu malam but in my case bukan cari makan lah, lebih tepat cari ilmu. Ngeee.. Macam poyo sikit. Done with muqaddimah.. Kembali kepada tajuk. Aku pasti dan mungkin agak yakin ada lagu-lagu yang membuatkan korang cepat-cepat tukar siaran radio bila dengar sesetengah lagu. Betul tak? Tak kisahlah lagu apa dan semestinya ikut taste korang la kan. Dah jadi kebiasaan aku bila dengar satu lagu ni aku akan terus sepantas kilat, sekencang halilintar tangan aku tukar siaran radio. Artis yang mendendangkan lagu tu? Aku tak kenal dan kalau dia glamer sangat pun lantak pi lah sama dia, kisah sangat...

Pembaca Setia dan Pembaca Dalam Selimut.

Imej
Salam'alaik.. Semalam update entri macam biasa orang yang akan komen setiap kali entri di-up kat dalam blog ni dak YM.Bundle . Kadang-kadang rasa bersalah jugak kat dia sebab aku jarang pegi blog dia sekarang tapi dia rajin je komen blog ni bila ada entri baru. Biasalah kalau dah malas tahap cipan nak update blog, engko ingat rajin pulak aku nak pegi blog satu-satu. Mr. lappy ni pun dalam sehari tu kadang-kadang aku tak bukak langsung melainkan ada kerja or esaimen nak buat. Ceiit! Pemalas.  Terasa bila YM.Bundle up entri tips kekalkan pembaca setia. Bagai dicuit-cuit pulak bila baca pasal tu. Pembaca setia aku? Ada ke? Alhamdulillah kalau ada. Macam mana nak tahu ada pembaca setia ke tidak, tak kisahlah bila-bila kau update blog mesti ada orang yang komen walaupun masa tu kau dah hampir setahun tak update blog atau blog kau sebenarnya dah bersawang tahap bersemak dah macam haunted mansion cuma belum ada hantu atau jembalang je yang menyergah pengunjung blog kau tu. Perg...