Catatan

berubah kerana cinta?

Salam.. cinta boleh buat kita jadi orang lain kadang-kadang aku setuju dengan ayat kat atas ni. cinta boleh buat kita jadi orang lain. mungkin sebab nak berjaya dalam cinta kita try jadi sangat caring walaupun pada asalnya kita tak pernah  nak ambik tahu pun pasal orang lain. aku lah terutamanya. betul, aku ni kadang-kadang teruk jugak selfish tapi sebab orang yang aku sayang aku boleh jadi caring pulak.  bagusnya kalau jadi yang lebih baik. tapi ada orang kata kalau berubah sebab orang lain atau bukan dari keikhlasan hati tak guna. betul ke? bagi aku mungkin perubahan macam tu adalah satu permulaan seseorang untuk berubah. atau dalam bahasa sains macam catalyst lah. lama kelamaan baru timbul hidayah untuk berubah kerana Allah. pendapat aku lah. apesal lah pulak aku cakap pasal cinta dan perubahan ni? saja-saja je. HAHA. idea datang dari seorang kawan. semoga beliau mendapat ketenangan selepas berlaku sesuatu yang mengejutkan semalam. insyaAllah. aku akan doakan untuk kau, ...

simpulan yang berjaya dileraikan..

Imej
Salam.. hari ni paling bosan. sebab dah le kena bangun awal. ingatkan ada lah kelas pagi kononnya ada briefing lab.. hurm.. takde pun. ada lah dalam 20 minit pastu dah bersurai. penat bawa lab coat putih.  lepas tu terpaksalah stay kat micet sampai petang sebab kelas seterusnya petang pukul 2. lepaklah aku dan member aku kat library. kebetulan member aku ni nak online sebab kawasan rumah dia takde line celcom nak online dengan brukband. aku dok depan dia temankan aje. awal-awal dah pergi ambik buku rujukan biochemistry. kononnya nak study tapi kejap je lah. pastu dah macam nak tertido aku atas buku tu. HAHA. disebabkan kebosanan melampau aku call budak kelas aku tanya pasal jadual yang tak setel-setel lagi dari semalam. "weyh, tahu tak madam nak ambik hari jumaat jugak," terdengar bunyi merungut-rungut member aku sorang ni. sampai sanggup dia datang micet walaupun dia sebenarnya dah ada kat rumah masa tu. dia je lah cakap nak datang pukul 10 pagi. aku tunggu dekat pukul 11...

hari keempat sudah. kenapa rasa macam masih awal?

Salam.. taktahu kenapa aku dah kurang minat nak online. memang lah aku online setiap hari tapi macam bosan pulak. selalunya aku akan buka blog ni je. pastu ada lah buka facebook sekejap, formspring kejap. twitter pun kejap. then aku tutup. yang tinggal blog je lah. nak update takde idea so aku biar je lah buka camtu. tu yang tiba-tiba korang masuk blog aku background dan header dah tukar lain. HAHA. tapi masih sama sikit-sikit je tukar tu. penulis blog ni masih sama. kalau malam pulak setiap kali pukul 10 ke atas mata aku dah mengantuk dah. nak kata aku penat sangat sebab petang tu ada lab ke kelas banyak ke takde pulak. kelas seketul dua je sebab baru minggu pertama kan. lecture je lah ada minggu pertama ni dengan briefing untuk lab. tapi tak semua subjek or course yang ada. ke mata aku ni memang jenis cepat mengantuk? sebab masa aku kecik-kecik dulu makcik-makcik aku sampai panggil aku budak mata pukul 8. sebab setiap kali pukul 8 malam mesti ada dah tertido kat mana-mana kusyen rum...

dah setel satu problem, problem lain pulak timbul...

Salam... baru saja balik dari kelas. hari ni kelas tak banyak pun sebab ada lagi kelas yang tak mula lagi terutamanya lab lah. tutorial pun sama. so, yang dah start lecture je. tu pun berposak nak bangun awal pagi tadi sebab aku ada kelas pagi pukul 8. first day untuk minggu ni ada kelas pagi. HAHA. selalu bangun lambat sikit lah.  lepas kelas QA & QC in bioprocess tadi semua keluar dah macam langau. miung-miung je semua. bukan sebab tak paham penerangan lecturer course tu. cuma ada masalah timbul bila ada yang dok cakap pasal nak tukar time table. aduhai.. ok lah tu time table yang sedia ada. mula-mula solve jugak problem ni sebab orang yang ada clash dengan time table kitorang tak jadi ambik subjek yang kami clash tu. tapi timbul masalah lain pulak bila lecturer subjek yang dah ok dalam time table kami kata nak tukar hari tutorial sebab dia nak ambik kelas kami. dalam jadual kami kelas dengan lecturer lain. lagipun memang patut pun dia nak ambik sebab dia ajar kami lecture d...

jangan le buat hal..

Salam.. pepagi lagi dah bangun untuk print nota. aduhaii.. disebabkan printer aku ni dah lama tak guna. buat hal pulak. cepatlah weyh! printkan nota-nota aku ni. huhu. entri ringkas sebelum ke kelas. hari ni kelas sampai petang.

aku bersemangat men-download nota di elearning.

Salam.. rasanya kali ni aku dah boleh menjalankan rutin aku sebagai seorang blogger sebab internet yang laju sudah kembali! HAHA. balik je dari kelas benda pertama yang aku buat mestilah on lappy. lepas tu online. opss! aku bukan online benda-benda yang tak sepatutnya aku buka ecitie dan elearning je. ecitie sebab aku nak add dan drop subjek. elearning pula aku nak enroll dan download nota subjek-subjek sem ni. punyalah semangat aku. HAHA. semalam, ketika rumah sewa aku ni takde internet housemate aku sibuk dok tengok movie. cerita seram pulak tu. HAHA. tergelak aku, kejap-kejap menjerit kejap-kejap tutup muka. macam-macam ekpresi yang diorang tunjuk apa taknya dah dok tengok movie tu depan aku. habis satu movie sambung yang lain pulak yang pastinya tetap cerita seram lah. aku tak berani nak tengok tak pasal-pasal malam nanti aku tak boleh tido dah lah hari tu dok mengigau nak tido bawah. HAHA. esok aku nak update koleksi cerita-cerita hantu aku yang tak berapa nak seram tu. korang n...

semangat semester baru. yosh!

Salam.. akhirnya aku dah decide untuk ambik berapa credit hour sem ni. biarlah sikit pun asalkan aku boleh baiki CGPA aku. seperti yang dinasihatkan oleh academic advisor aku. tapi tak lari pun dengan subjek yang kawan-kawan aku ambik. mungkin lah ada yang tak sama tapi kami masih boleh bersama. HAHA. ayat macam poyo di situ. bila tengok jadual aku. pergh! hari jumaat takde kelas langsung. rasa macam nak melompat. HAHA. masa tu mesti boleh study kan? sekali lagi poyo. HAHA. tapi lepas kelas fermentation tadi aku terus, "ala...." sebab lecturer cakap nak tukarkan kelas ke hari jumaat pagi. ok lah, pagi je. petang dah takde kelas.  mungkin sem ni aku lebih banyak subjek membaca dari subjek mengira. owh, subjek mengira ada 1 je. kira ok lah kan. subjek-subjek membaca bukan takde mengira langsung tapi mungkin tak sebanyak yang satu ni. reaction engineering. academic advisor aku macam beriya-iya suruh aku ambik subjek 4 jam kredit ni. takpe lah, aku memang suka subjek-subjek me...